Tahniah, Fazura sah hamil anak pertama

4,407 views

Hari ini satu perkhabaran baik telah diberikan oleh pasangan pelakon popular iaitu Fattah Amin dan isterinya, Fazura.

Dua tahun berkahwin, pasangan sama cantik dan sama padan ini akhirnya membuat satu pengumuman bahawa Fazura yang kini berumur 36 tahun, telahpun disahkan hamil anak pertama. Kandungan pelakon cantik ini kini telah memasuki empat bulan.

Berita gembira ini baru sahaja diumum oleh pasangan berkenaan melalui medium laman media sosial. Ini komen Fazura.

Selepas melayari bahtera alam perkahwinan selama lebih kurang dua tahun, saya dan suami Fattah Amin ingin berkongsi satu good news. InsyaAllah dengan izin Allah SWT saya dan Fattah bakal menimang anak kami yang pertama. Untuk pengetahuan, kandungan saya kini dah masuk trimester kedua iaitu dan masuk bulan keempat, syukur alhamdulillah. Kami selalu yakin dengan aturan dari Allah dan sesungguhnya detik ini adalah waktu yang amat tepat untuk kami berdua diberikan zuriat yang amat membahagiakan ini. Tak ada yang lebih utama di dalam kehidupan kami buat masa ini melainkan yang tersayang. Kami mahu membuat ucapan jutaaan terima kasih buat semua pihak yang doakan dan bagi ucapan selamat untuk kami. Kami bersyukur dengan setiap detik serta hari indah yang akan datang. Terima kasih dari Fazura dan Fattah Amin.

Ini sememang satu berita yang amat menggembirakan buat Fattah Amin dan juga Fazura serta disambut baik oleh para peminatnya.

Ramai follower mereka yang menulis ucapan tahniah buat pasangan ini dan mendoakan agar segala urusan dipermudahkan buat mereka berdua.

Tak lupa juga, banyak rakan artis yang menulis ucapan kepada mereka berdua seperti Aliff Satar, Faye Kusairi, Nelydia, Uqasha Senrose, Ummi Nazeera, Alvin Chong dan ramai lagi.

Diimbas kembali, Fattah Amin dan Fazura bernikah pada tahun 2017 di sebuah hotel yang diadakan secara tertutup, dan dihadiri ahli keluarga dan teman rapat sahaja.

Share this on...