Tahniah, Hetty Sarlene bakal timang baby boy

5,033 views

Umum mengetahui bahawa, Hetty Sarlene penyanyi dan pelakon yang pernah popular dengan drama Sembilu, kini bakal menerima kehadiran anak pertamanya setelah empat tahun berkahwin dengan suami, Dani Aqil.

Selebriti comel yang berasal dari Singapore ini telah pun memasuki fasa kedua trimester kandungan yang mana dia kini dah pun lima bulan mengandung.

Menerusi satu entry di laman media, Hetty Sarlene membuat satu pengumuman yang mana baby dalam kandungannya itu dah diketahui jantinanya.

Hetty Sarlene yang kini dah berumur 36 tahun, mendedahkan bahawa dia bakal menimang anak lelaki. Penyanyi yang popular dengan lagu Rindu Aku Rindu ini memuatnaik beberapa gambar dengan balloon yang mengandungi serpihan berwarna biru menandakan anak lelaki.

Ini tulis Hetty: “It’s a boy, kami bakal menerima anak lelaki”. Ianya disusuli dengan beberapa hashtag seperti lockdown baby, baby L, little Oakes dan juga miracle baby.

Dapat dilihat di ruang komen para peminatnya mengambil peluang itu untuk mengucapkan jutaan tahniah kepada pasangan berkenaan.

“Tahniah kepada kalian berdua. Memang saya dah dapat agak dah, macam anak lelaki. Tahniah sekali lagi Hetty dan suami.

“Syukur alhamdulillah. Semoga segalanya dipermudahkan urusan bersalinnya nanti”

Pada bulan Julai yang lepas, Hetty Sarlene buat satu pengumuman bahawa setelah melayari bahtera selama empat tahun, dia kini akhirnya mengandung anak pertama.

Bercerita tentang kehamilannya, Hetty menyatakan dia memang perlukan rehat yang mencukupi kerana adanya alahan.

“Ketika hamil ni, saya jadi senyap sedikit. Sebabnya saya ada kena pening kepala, mood swings, kerap ke toilet, mudah nak tidur dan banyak lagi symptoms.

“Saya dah ambil nasihat orang dulu-dulu yang minta saya untuk rehat dengan optimum dan tidur cukup waktu. Keajaiban itu memang memrlukan sedikit masa”.

Diimbas kembali, Hetty Sarlene bernikah dengan jejaka dari England iaitu Dani Aqil atau nama sebenarnya Daniel Oakes pada tahun 2016.

Sebelum ini, Hetty Sarlene pernah buat comeback semula apabila menyertai pertandingan Gegar Vaganza musim kelima namun terkandas di peringkat semi final.

Share this on...