Categories: Hiburan

Tajul kantoi dengan isteri, main game Pubg dengan perempuan lain

Tajul telah menulis satu pengalaman yang dilalui olehnya berkaitan instinct seorang isteri. Jelas penyanyi ini, dia akui naluri isteri memang teramatlah kuat terutamanya sekiranya ia melibatkan hal yang berkait dengan rumah tangga.

Tentang pengalamannya, Tajul akui dia pernah terkantoi dengan isteri selepas didapati bermain game popular, Player Unknown’s Battlegrounds atau Pubg dengan player perempuan lain.

Dek kerana dah kantoi, Tajul terpaksalah delete game berkenaan dan akalau nak main balik kena pujuk isterinya itu.

“Memang betullah orang cakap, naluri seorang isteri tu memang kuat kepada suami. Kisahnya aku main PUBG dengan perempuan pun boleh terkantoi.”

“Lepas tu, aku kena uninstall game tu setahun lebih. Memang lama pujuk isteri untuk nak main game tu semula. Apapun aku syukur, alhamdulillah apa yang terjadi tu semuanya untuk kebaikan buat suami isteri juga.”

Bercerita lanjut tentang permainan game Pubg, Tajul kini dah tak main game berkenaan apatah lagi dengan kehadiran cahaya mata sulungnya, Adriana Carisa.

Melalui satu kenyataan di sebuat portal pada tahun lepas, Tajul berkata dia mahu berikan tumpuan sepenuhnya untuk membesarkan anak sulung.

“Ketika umur anak empat bulan, saya memang layan anak saja. memang dah lama tak main PUBG sejak anak keluar, berhenti. Kalau tak uninstall, nanti asyik nal main game saja. Tidak mengapalah, dah jadi bapa kena berkorban sikit.”

Untuk info, Tajul telah berkahwin dengan gadis pilihan hatinya bernama Nurul Shamieza Eddie pada penghujung tahun 2017 dan mengambil pendekatan tidak mahu menghebohkannya.

Pasangan ini dikurniakan seorang anak perempuan yang kini berumur satu tahun. Isteri Tajul kini sedang mengandung anak kedua dan usia kandungan dah masuk ke trimester kedua, lebih kurang enam bulan.

Recent Posts

Ramai kurang senang lihat baju instafamous terdedah disebelah Pu Amin

Instafamous bernama Nadira Isaac telah jadi tumpuan setelah upload dua keping foto bersama penceramah dan pendakwah bebas iaitu Pu Amin…

8 hours ago

“Ko nak apa sebenarnya” Pengarah komen isu babak Ellie Suriaty cium kaki

Telah timbul satu isu yang mana ada babak pelakon Ellie Suriaty jirus air dan mencium kaki pelakon Adlin Aman Ramlie…

18 hours ago

Shaheizy Sam rugi RM500ribu, setengah juta tu..

Siapa yang tak kenal dengan watak utama filem Adnan Sempit dan juga Polis Evo. Nama Shaheizy Sam memang sentiasa diingati…

1 day ago

Tindakan mulia isteri Along Eyzendy, semoga syurga buatmu

Pelakon Along Eyzendy kini sedang hidapi sakit buah pinggang yang kronik. Kerana penyakitnya itu, buah pinggang telah rosak teruk sehingga…

2 days ago

Rozita Che Wan jawab dakwaan hubungan dengan suami dingin

Pelakon dan pengacara terkenal tanah air, Rozita Che Wan dan suaminya iaiatu pelakon Zain Saidin tiba-tiab menjadi topic apabila ad…

2 days ago

Ezlynn report polis, failkan saman terhadap dua akaun Facebook

Penyanyi Ezlynn semalam akui ada dipanggil oleh pihak SPRM berkenaan kes pengubahan wang. Ezlynn telahpun beri kerjasama dan merakamkan keterangannya.…

3 days ago

This website uses cookies.