“Tak bernasib baik, dijangkiti” – Neelofa tak mahu dilawat, dikuarantin kena Influenza

1,981 views

Bintang popular tanah air, Neelofa telah tampil membuat satu pengumuman dengan memohon maaf kepada semua pihak kerana terpaksa untuk batalkan beberapa appointment dan juga temujanji yang telah ditetapkan. Ini adalah gara-gara Neelofa terkena jangktan virus Influenza A setelah baru pulang dari membuat fardhu haji baru-baru ini.

Dari pengumuman itu, Neelofa akui terpaksa menolak semua jemputan event dan telah dinasihatkan untuk berehat serta kuarantin selama seminggu.

Pengacara program MeleTop yang kini dan mencecah umur 30 tahun ini kini tak mahu untuk terima kunjungan dari sesiapa sahaja yang ingin melawatnya sebagai langkah berjaga-jaga agar penyakitnya tak merebak dan kembali sembuh seperti sediakala.

Jom baca kenyataan berkenaan yang mana telah di upload oleh Neelofa melalui laman media sosial Twitter miliknya.

“Salam… Tak bernasib baik, kunjungan saya ke tanah suci Arab Saudi baru-baru ini membuatkan diri saya terkena jangktan virus Influenza A dan saya telah dinasihatkan untuk jalani kuarantin selama seminggu.

“Dengan penuh rendah diri, saya ingin minta maaf kepada semua yang terlibat termasuk pelanggan, rakan kongsi dan mereka yang sudah membuat appointment dengan Lofa sepanjang minggu ini.

“Saya juga kini akan menolak secara baik terhadap semua jemputan event dan sesiapa sahaja yang ingin melawat saya sebagai langkah berjaga-jaga”

“Hopefully, saya akan kembali sembuh pada minggu depan, doakan saya”

Neelofa bersama keluarganya telah pergi megerjakan ibadah haji baru-baru ini dan kini dah pulang ke tanah air. Akan tetapi dek kerana terkena jangkitan itu, Neelofa kini akan berehat selama seminggu.

Dalam pada itu, para peminatnya dilihat tak putus mengucapkan agar usahawan tudung Naelofar ini kembali sihat secepat mungkin. Sama samalah kita doakan buat Lofa ye.

Share this on...