Tak mahulah nanti masa hantar sekolah kawannya ingat saya atuk dia, malu

2,297 views

Penyanyi legend dari kumpulan Wings iaitu Datuk Awie, menerima satu perkhabaran yang cukup gembira dan bermakan pada tahun 2021. Ini apabila Awie bakal menimang cahaya mata baru.

Isteri Awie iaitu Datin Sharifah Ladyana Syed Samsuddin kini sedang sarat mengandung dan hanya menghitung hari saja untuk menunggu detik kelahiran cahaya mata keenam buat Awie.

Ini merupakan anak pertama hasil perkahwinan Awie dengan isterinya yang kini berumur 33 tahun itu.

Awie yang kini sudah berumur 53 tahun ada menyatakan bahawa dia mula kena jaga kesihatan dengan sebaik mungkin kerana tak nak anak yang bakal lahir nanti orang ingat cucunya.

“Saya tak naklah nanti ketika hantar anak ke sekolah, kawan-kawannya tersilap ingatkan saya ini atuknya. Malu saya, oleh itu penting saya perlu jaga makan dan amalkan hidup sihat seperti senaman.”

“Di usia macam ini, banyak benda yang kena diambil kira. Isteri saya ni masih muda, jadi saya kenalah jaga kesihatan agar tak jatuh sakit, nanti akan susahkan dia pula.”

“Tentang cabaran apabila mempunyai baby atau anak kecil, saya ambil yang positif saja, hidup positif, minda dan tubuh badan juga akan sihat.”

Berkaitan baby dalam kandungan yang hanya menunggu masa saja untuk dilahirkan, Awie tak mahu umumkan jantinanya buat masa sekarang, sehinggalah kelahirannya nanti.

“Saya bukan nak sorok jantina. Namun lebih afdal kalau dedah setelah anak kami selamat lahir nanti.”

“Apapun, saya harap semua dapat doakan kami. Ini merupakan cahaya mata pertama untuk isteri saya.”

Tentang perkembangan dunia seninya, Datuk Awie kini dah menjadi penerbit filem.

Filem pertama Awie diberi judul “10 tips tipu bini”. Pelakon yang membarisi file mini ialah seperti Khir Rahman, Ropie, Joey, Jehan Miskin dan Elizabeth Tan. Ianya telah mula ditayangkan di Astro first.