Di Malaysia, memang ramai yang kenal dengan kumpulan nasyid terkenal negara jiran iaitu Sabyan Gambus. Sebelum ini pernah viral ketika kumpulan ini buat persembahan di Malaysia yang mana jualan tiketnya laku keras bagai pisang panas.
Antara yang popular ialah vokalisnya iaitu gadis bernama Nissa Sabyan. Suara yang lunak disertai dengan pakej wajah yang ayu, ramai yang mula menyukai penyanyi ini.
Namun ada satu berita kurang enak tentang Nissa dan kumpulan nasyid ini yang sedang diperkatakan netizen di negara berkenaan.
Nissa dikatakan sedang menjalinkan hubungan dengan suami orang. Individu berkenaan ialah pemain keyboard kumpulan Sabyan Gambus itu juga iaitu Ayus.
Dari laporan beberapa portal Indonesia, khabarnya kes ini sudah berlangsung selama bertahun juga. Malah isteri kepada Ayus bernama Ririe, juga tahu tentang hubungan merka namun masih lagi menutup isu berkenaan kerena mahu lindungi suaminya itu.
“Ayus ada hubungan dengan Nissa Sabyan. Dah bertahun-tahun isterinya tutup hal suami namun Nissa dan Ayus tidak juga putus hubungan. Akhirnya si isteri dah tuntut perpisahan.”
Kenyataan itu dibuat oleh satu sumber yang dikatakan sepupu kepada isteri Ayus. Sebelum ini, Ririe juga pernah upload gambar seperti memberi hint tentang kisah suaminya bermain kayu tiga.
Ini tulis Ririe: “Tiada yang mahu berada di tempat ini, tapi saya yakin Tuhan tak pernah tidur, semoga di beri kekuatan.”
Dari laporan portal Kompas, Ririe disahkan telah hadir ke pejabat agama untuk uruskan kes perpisahan dengan suaminya itu.
Ayus dikhabarkan sudah keluar dari rumah keluarga mereka pada bulan Januari awal tahun ini.
Pemain keyboard ini dan Ririe bernikah pada tahun 2012 dan sepanjang Sembilan tahun berkahwin mereka mempunai dua cahaya mata.
Oleh kerana hubungan mereka retak dikatakan berpunca dari kehadiran orang ketiga didakwa Nissa Sabyan, ramai netizen negara jiran mula meninggalkan komen kurang baik kepada Nissa di laman media sosial miliknya.
Nissa Sabyan masih lagi mendiamkan diri dan tidak ada buat sebarang statement.
Sebelum ini ramai yang terkejut dengan berita pernikahan pelakon jelita dari negara jiran iaitu Hannah Delisha dengan Imam Shah. Rupanya…
Bekas pengacara rancangan jalan-jalan cari makan, Maria Tunku Sabri jadi perhatian warganet ekoran satu nama menu yang diberikan olehnya ketika…
Zahirah Macwilson dan Aiman Hakim Ridza kini telah pun secara terbuka tayang wajah anaknya baru-baru ini di usia anaknya dua…
Ada satu video di Instagram yang diupload oleh jutawan terkenal Dato Seri Vida yang jelas menunjukkan cincin emas yang amat…
Asam garam kalau berniaga, kadangkala untung banyak tetapi boleh juga jatuh dan alami kegagalan. Itulah pahit manis jika berniaga. Pelakon…
Pelakon Azhar Sulaiman diketahui mempunyai seorang anak gadis yang amat popular di laman media sosial bernama Kasih Iris Leona. Leona…
This website uses cookies.