Tak sedap nak bagi duit setiap bulan, Achey

10,629 views

Ahli kumpulan Bocey, Achey dan juga Fad akan sentiasa memberi sokongan dan bantuan yang sepatutnya kepada balu arwah Abam iaitu Nor Hidayah Mohd Ali.

Achey menerusi satu wawancara dengan portal mstar menyatakan dia kini membantu untuk promosikan perniagaan cempedak goreng yang dibuat oleh Nor Hidayah dan keluarganya di Sabak Bernam, Selangor.

Kata Achey lagi, agak kurang enak alau nak beri duit terus, jadi selain sedekah, dia berkata ada baiknya membantu untuk promote kedai milik Hidayah itu agar menjadi lebih maju.

“Kadang-kadang saya ada masuk live kat Instagram dia untuk bantu perniagaannya juga, sekarang ni dia berniaga cempedak goreng, ada juga berniaga jual durian. Kalau tengok, dia memang dahsyat juga berniaga tu”.

“Kita ni tak sedaplah kalau tiap bulan bagi nak bagi amaun atau duit terus, itu satu benda. Lagi satu dia ni berniaga, jadi apa kita boleh bantu eh, oleh itu kita bantu promosi lah, dari jarak jauh.

“Kalau nak pergi ulang-alik ke Sabak Bernam tu agak jauh jugalah, jadi dari jarak jauh saja. Apapun saya lihat dia masih kuat melalu ujian ini”.

Bercerita tentang kumpulan Bocey, sia dan Fad sentiasa akan ingat tentang Abam dan sentiasa berdoa buat arwah.

“Saya dan Fad kalau berjumpa benda pertama kita akan sedekah alfatihah untuk arwah. Barulah kita bercerita, dan setiap kali bercerita mesti ada mengimbau bedan-benda yang lepas. Saya harap orang di luar sana teruskanlah doa untuk arwah.

Jelas Achey perancangan untuk buat rancangan secara online, perkara itu masih dibuat ketika ini. Namun ianya masih belum siap serasti peratus.

“Fad tengah setup stream dan saya pun tengah setup di ruamh baru. Tapi kami dah rangka rancangan untuk program online kami youtube dan facebok. Settle jadual untuk streaming baru kita susun bila kita nak buat penggambaran dan program tu bila saja dah dapat duit nanti kita akan ada bahagian untuk arwah bocey.