Tempahan baju raya naik mendadak, Ebit Lew cari 100 tukang jahit

3,073 views

Gara-gara satu komen yang membuatkan netizen dan masyarakat Melayu tersentap, ada satu jenama popular pengeluar baju dan kain di Malaysia ini menjadi tempat orang ramai luah rasa kurang senang.

Ianya ekoran satu komen atau status dari adik kepada oemilik jenama berkenaan yang menulis satu posting menulis ayat yang agak sensitive sekaligus menerima pelbagai respon yang kurang baik dari netizen.

Sungguhpun, adik dan juga pemilik jenama berkenaan telah pun buat satu kenyataan dan permintaan maaf secara terbuka, akan tetapi masih ada netizen yang sudah serik nak beli dari kedai jenama berkenaan. Itulah dia netizen atau geng bawang dari Malaysia ini, memang terkenal dalam bab macam ni.

Dek kerana hal itu, secara tiba-tiba ada individu yang berkongsi satu alternative untuk beli baju dan persiapan raya yang bakal menjelang ini. Netizen dilihat telah bersatu padu dan memilih membeli dari kedai perniagaan pakaian oleh Ustaz Ebit Lew.

Sebelum ini juga ada viral kisah tentang Ebit Lew yang turun padang dan bersungguh-sungguh membantu golongan yang kurang kemampuan di serata pelosok tempat di negara ini.

Melihat usaha Ebit Lew yang mulia ini, netizen mula meyokong perniagaan Ebit Lew sekaligus membuatkan stok pakaian di kedai ustaz ini habis dijual.

Apabila jualan semakin meningkat, ini membuatkan Ustaz Ebit Lew bertungkus lumus untuk memenuhi permintaan pelanggan dan menerusi satu update, kini Ebit Lew sedang cari 100 tukang jahit di kilang pakaiannya itu.

Ini dikatakan berlaku kerana adanya sokongan luar biasa dan permintaan yang naik secara mendadak. Ini komen dari Ebit Lew.

Saya perlukan seramai 100 orang tukang jahit di kilang saya. Nak jahit sejumlah beribu kurta dan juga baju melayu. Sekrang ni banyak sangat order sampai dah habis baju Elews Design.

Dari perkongsian orang ramai, ketika ini pembelian pakaian jena Ebit Lew itu hanya boleh dibuat melalui online sebab butik milik ustaz masih ditutup buat sementara waktu.

Bolehlah ke laman Instagram Elews Design kalau nak tengok baju raya dan ada yang kata memang berpatutan harganya.

Apapun, syukur perniagaan Ustaz Ebit Lew semakin maju dan mendapat sokongan orang ramai. Inilah yang dikatakan bila kita buat baik, sudah tentu akan dapat balasan yang baik juga.