Terima kasih madu ajak saya, bimbing saya, pendedahan Zarina Zainuddin

6,270 views

Pelakon Zarina Zainuddin kini telah berangkat ke kota suci untuk menunaikan umrah. Dan Zarina Zainuddin telah bercerita bahawa dia ke sana atas jemputan madunya iaitu Datin Seri Hajah Norhasimah. Perkongsian ini dibuat oleh Zarina melalui laman IG miliknya.

Baca caption dari Zarina di ruangan IG miliknya: “Sy nak ambil kesempatan ini untuk minta ampun dan maaf daripada hujung rambut hinggalah ke hujung kaki. Sy dengan madu saya, iaitu Datin Seri Hajah Norhasimah, ibu saya iaitu Zahura dan anak saya iaitu Muhammad Raizal Azrai akan pergi ke Mekah utk tunaik ibadah umrah. Doakan perjalanan kami selamat pergi dan balik serta dapat umrah yg mabrur”

“Bersyukur dijemput ke rumahmu. Terima kasih madu sy sebab ajak sy pergi serta membimbing sy fardhu dan juga rukun umrah. Ini termasuk juga solat sunat sepanjang di kota suci.

“Bahagia teramat sy rasa sebabnya sy ditemukan olehNya dengan insan yg amat baik hati dan telah bimbing kami sekeluarga ke arah kebaikkan

“Sememangnya dunia sementara ini amat banyak ujian dariNya, maka tempuhlah ianya dgn tabah serta redhalah apa yg berlaku.

“Sy akan sampai salam anda kpd Baginda. Semalam dapat solat kat raudhah walaupun amat ramai yg tolak menolak sebab semuanya nak solat kat bahagian depan raudhah. Kena rebutlah peluang sementara ada kat sini.”

Diruangan komen, rata peminat dan follower mendoakan yang baik-baik buat Zarina Zainuddin sekeluarga dalam mengerjakan ibadah umrah itu.

Ramai juga yang memuji madu kepada Zarina dan melabelnya sebagai individu yang amat penyayang serta seorang yang amat baik.

Zarina Zainuddin ketika ini dikenali ramai dengan menjual makanan iaitu pulut rendangnya yang dikatakan amat sedap dan lazat.