Komen ada tak suka, Permaisuri Agong deactivate laman Twitter

3,596 views

Sejak munculnya Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah atau dikenali sebagai Permaisuri Agong kini di laman sosial Twitter, ianya lantas telah menjadi viral dan popular dalam kalangan pengguna laman sosial tersebut.

Sebut saja apa jua topik mahupun status yang dimuatnaik oleh baginda, pastinya ia akan menjadi bualan ramai pihak dan netizen.

Tetapi apa yang berlaku apabila laman sosial Twitter digemparkan dengan kehilangan akaun rasmi milik baginda, @cheminahsayang dari Twitter. Terkejutlah wara Twitter sekalian.

Jelas dapat dilihat bahawa akaun rasmi milik Permaisuri Agong telah pun di deactivated pada hari Rabu (semalam). Kalau dilihat, akaun milik Permaisuri Agong itu dah ada lebih dari 235,000 follower, memang ramai betul.

Akibat daripada berita itu, ia nya telah turut mengundang rasa sedih dalam kalangan rakyat serta pengikut Permaisuri Agong itu, ramai warga Twitter yang luah rasa sedih dek kerana hal itu.

Kebanyakan daripada mereka menyatakan rasa sedih, namun ada sesetengah individu yang menulis komen kurang baik dengan status perkongsian baginda menerusi lamanTwitter.

Ini terjadi berikutan ada tweet beberapa netizen yang mengatakan rimas bila baginda berkongsi aktviti seharian serta baginda sangat rajin melayan dengan rakyat dilaman sosial tersebut.

“Mari mulakann pagi anda dengan aktiviti berfaedah.” Tulis seorang lelaki

“Haha samalah. I dahh unfollow. Rimas pulak,” tulis seorang wanita di ruangan komen.

“Same, tetiba nakk rancak bila msk istana. PR move sangat” tambah orang lain

Namun, punca sebenar tidak dapat dipastikan kenapa tindakan baginda deactivated akaun Twitter milik beliau. Ramai mengatakan mungkin kerana komen kurang elok yang diterima oleh sesetengah netizen yang tiada adaab.

Apapun, ramai rakyat dan pengikut di laman sosial Twitter mengakui mereka sedih dengan hilangnya seri tweet daripada baginda yang mempunyai sifat manja dan bersahaja dengan cara melayan rakyat.