Terima vaksin: Eina Azman akui ada masalah kesihatan namun terlalu peribadi

2,059 views

Pihak hospital melalui pengarahnya telahpun buat satu kenyataan khas berkaitan penerimaan vaksin oleh pelakon Datin Paduka Eina Azman dan suaminya Datuk Paduka Kaiser.

Memang telah disahkan bahawa Eina Azman dan suaminya itu datang ke hospital di Perak untuk mengambil suntikan vaksin.

Namun mereka berdua mengambilnya dengan mengikuti saluran yang betul.

Pengarah hospital mengesahkan tiada istila potong queue oleh pasangan ini dalam giliran menerima suntikan vaksin.

Penjelasan yang diberi ialah Eina Azman dan suami telah di refer oleh doktor pakar yang merawat mereka atas masalah kesihatan dan kedua tergolong dalam kategori berisiko yang tinggi.

Semalam juga pelakon drama The Maid ini membuat kenyataan meinta maaf kerana mencetuskan rasa kurang senang di kalangan masyarakat. Eina juga kaui dia memang ada masalah kesihatan yang tak dapat nak diberitahu umum. Ini komen dari Eina Azman.

Saya nak meminta kemaafan seandainya posting saya di laman media sosial baru-baru ini telah timbulkan rasa kurang senang buat sesetengah pihak. Saya tak ada niat nak singgung sensitiviti sesiapa apatah lagi di waktu ini yang mana isu vaksin sentiasa jadi bualan orang ramai.”

Pihak berwajib telahpun buat kenyataan rasmi tentang perkara ini. Saya sendiri ada masalah kesihatan tetapi terlalu peribadi untuk saya cerita kepada umum. Ianya hanya pengetahuan family saja.

Saya buat keputusan untuk delete posting di Instagram sebab mahu elakkan perkara ini menjadi bertambah rumit. Sekali lagi, dengan rasa rendah diri, saya ingin minta maaf jika video dan gambar yang saya upload telah timbulakn salah faham kepada semua.

Itulah kenyataan dari Eina Azman tentang hal ini. Maka benarlah bahawa Eina Azman mempunyai masalah kesihatan yang tidak diketahui umum. Semoga Eina Azman dan suami sentiasa sihat selalu.