Terlalu minat, ayah saya beri nama ‘Nur Diana Danielle’ kepada adik baru saya

2,533 views

Memiliki wajah mix yang cantik, pelakon jelita Diana Danielle memang ada ramai peminat dan follower.

Bukan sahaja wajah cantik, sebenarnya, Diana Danielle ini mempunyai bakat dalam bidang lakonan dan nyanyian yang amat hebat. Jadi tak hairanlah ramai yang terpesona dengannya.

Mungkin tak ramai yang nampak impaknya, namun Diana Danielle ini ada peminat setia sehinggakan ada yang memberi nama baby yang baru lahir sempena nama Diana Danielle.

Hal ini diceritakan oleh Diana Danielle menerusi satu perkongsian di laman Instagram baru-baru ini.

Diana Danielle telah menerima satu mesej dari seorang follower yang memberitahu ayahnya telah menamakan anak terbarunya dengan nama Diana Danielle. Semuanya kerana ayahnya terlalu minat dengan Diana Danielle.

Melihat mesej berkenaan, nama follower itu ialah Syahirah yang berasal dari Johor. Jelas Syahirah, ibunya telah selamat melahirkan bayi perempuan baru-baru ini.

Dek kerana terlalu minat, ayahnya memberi nama Nur Diana Danielle kepada anak terbarunya itu.

Saya tak tahu akak akan baca atau tak mesej saya ni. Semalam adik saya baru saja dilahirkan, its baby girl. Ayah saya ni pula amat meminati kakak, jadi dia bagi nama untuk adik saya ni, Nur Diana Danielle, sempena nama kakak. Terima kasih kerana memberi inspirasi melalui lakonan kakak. Semoga semua urusan kakak dan keluarga akan sentiasa dipermudahkan amin

Diana Danielle menulis kembali menerusi Ig story yang mana dia amat terharu dengan hal berkenaan.

Comelnya, akak terharu. Semoga adik membesar dan menjadi seorang anak yang baik dan solehah serta menjadi penyejuk hati ibu bapa dan juga berjasa kepada keluarga dan agama.”

Ini gambar perbualan dan mesej dari follower berkenaan kepada Diana Danielle.

Diana Danielle antara bakat yang dicungkil oleh family Datuk Yusof Haslam. Bakatnya amat hebat dan banyak berlakon dalam filem popular seperti Evolusi Kl Drift, Magika, Sembunyi dan Hanyut.

Share this on...