TMJ naik angin, ini respon balas Syifa Melvin

5,842 views

Ini kes yang sedang melanda pemain utama skuad Johor Darul Ta’zim (JDT) iaitu Safawi Rasid. Pemain ini telah menunjukan prestasi yang kurang memuaskan dikatakan ada kaitan dengan kisah peribadinya sekaligus membuatkan Tunku Ismail Sultan Ibrahim (TMJ) naik angin dengan sikapnya itu.

Menurut TMJ semuanya diletakan pada Safawi untuk menjalankan aksi yang paling baik namun hasilnya makin merundum dan Safawi dikatakan telah hilang fokus dek kerana teman wanitanya.

Dari satu kenyataan TMJ, dikatakan punca kemerosotan prestasinya adalah kerana sering didesak untuk berkahwin dengan teman wanitanya iaitu Syifa Melvin yang juga merupakan adik kepada Syatilla Melvin.

Ini komen yang diberikan oleh TMJ: “Dah kemaruk sgt sampai paksa kekasih kahwin. Bagi pressure setiap hari suruh kekasih kahwin sebab takut terlepas kekasih kaya dan juga popular. Satu family kemaruk cari laki kaya sejak dulu lagi. Patutlah semakin hancur prestasi budak ini disebabkan kepala sudah tiada kat atas padang”

“Tak ada sape pun yang lebih besar darip kelab. Kalau kepala dah tak boleh fokus pasal asyik kena tekan hari-hari kena paksa untuk kahwin, semoga maju jaya lah lepas ini. Di hidup ini, ada manusia bawa rezeki tapi ada yang sebaliknya”

“Kekasih kamu patut bukan tempat utk dapat duit namun ia dibina atas hubungan dan bukanlah satu pekerjaan. Paham ke tidak SM?”

TMJ juga dilihat memberi amaran tegas kepada Safawi agar terus memperbaiki aksi dan tahap prestasinya.

Disebakan kata-kata ini juga Syifa Melvin juga dilihat memuat naik status di Instagram dengan membela dirinya.

Menurut adik kepada artis Syatila Melvin ini juga dia langsung tidak pernah menekan dan mendesak teman lelakinya itu untuk berkahwin dengannya.

Syifa juga bertegas mengatakan bahawa dia tidak pernah langsung meminta duit daripada Safawi. Tetapi status di Instagram itu telah pun dipadam tidak lama kemudian.

Ini respon Syifa tentang hal ini: “Tak pernah paksa kahwin, tak pernah mintak satu sen duit Safawi!! Demi Allah , Allah Maha Adil”

“I didn’t open my mouth since isu ni viral dan I tidak tahu macam mana dorang dapat cerita ni. Since ramai dah komen, let me spill the tea.

“Saya kerja keras untuk cari duit sendiri, sampai tidur pun tak ckup apatah lagi rehat juga tak mencukupi. Ini semua untuk biayai diri sendiri, dan saya tidak pernah pun sekali nak minta wang dari dia utk sara hidup saya. Dia pun kenal macam mana diri Syifa.

“Part paksa untuk kahwin, demi Allah tidak pernah sesekali tapi Syifa yakin dan tahu kenapa dia bagi alasan macam tu, cuma dia yang tahu.

“Prestasi dia tidak bagus atas padang tidak ada kena mengena dengan soal peribadi, dan sekali pun Syifa taka da pernah nak kacau hal kerjaya dia malah selalu berdoa dan memberi sokongan. Tak tahu akhirnya boleh jadi besar sebegini.

Itulah yang berlaku ketika ini dan menjadi isu sensasi buat industry hiburan dan juga peminat bola sepak.

Share this on...