Categories: Hiburan

Tok Ram terima menantu, Alyah beri ucapan kepada bekas isteri Tok Ram, Jennifer Thompson

Jutaan tahniah diucapkan kepada juri utama Gegar Vaganza iaitu maestro muzik, Datuk Ramli Ms atau Tok Ram yang disahkan telah pun selamat menerima menantu baru-baru ini.

Anak kedua kepada Datuk Ramli Ms iaitu Nadiah Ramli selamat bernikah dengan pasangannya bernama Taufik Nadzri.

Satu majlis pernikahan secara sederhana dan ringkas telah diadakan di rumahnya, semalam.

Isteri kepada Datuk Ramli Ms iaitu Datin Alyah telah muatnaik beberapa keping gambar sepanjang detik bersejarah anak tirinya itu di laman media sosial.

Malahan kata Alyah, pengalamannya terlibat sama dalam majlis pernikahan anak tirinya itu satu pengalaman yang amat berharga.

Alyah turut mengucapkan terima kasih kepada kesemua ahli keluarga Tok Ram, termasuk kepada bekas isteri pertama Tok Ram yang juga ibu Nadiah iaitu Jennifer Thompson.

Nak ucapkan tahniah kepada Nadiah Ramli dan juga Taufik. Semoga perkahwinan kalian akan bahagia sehinggalah ke jannah. Terima kasih juga diucapkan kepada Jennifer Thompson. Seronok kerana dapat join bersama-sama untuk buat persiapan majlis ini. Walaupun ianya ringkas, namun amat bermakna buat saya. Tahniah sebab dapat menantu. Syukur Alhamdulillah.”

Kepada Najee Ramli, tahniah juga sebab dah ada adik ipar. Lepas ini akan tiba giliran Najee pula nanti. Terima kasih juga pada suami, Tok Ram di atas pengalaman yang cukup mahal dan penuh makna ini Syukur kepada tuhan.”

Melihat ruang komen, ramai follower Alyah yang memberi ucapan tahniah kepada family Tok Ram. Ada juga rakan artis turut memberi ucapan tahniah.

Untuk pengetahuan. Sekitar tahun 1988, Tok Ram telah bernikah dengan Jennifer Thompson dan mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Najee dan Nadiah. Namun pasnagan ini akhirnya berpisah.

Tok Ram kemudian menikahi Alyah pada tahun 2013 di negara Indonesia.

Recent Posts

Ramai terkejut dengan tweet Syafiq Kyle tentang Jennie Blackpink, termasuk Mimi Lana

Baru-baru ini sedang jadi bualan ramai tentang kisah percintaan antara dua superstar dari Korea Selatan iaitu Jennie dari kumpula terkenal…

1 day ago

Syanie umum berhijab sepenuhnya lepas bernikah

Pengantin baru, Syanie Hisham, telah buat keputusan apabila kini tampil memakai hijab dan ianya bermula sebaik sahaja dia bernikah dengan…

1 day ago

Kenapa saya diperlakukan begini, Sajat ada bukti punca tak hadir mahkamah

Nur Sajat Kamaruzaman menjadi tumpuan setelah dikenakan waran tangkap oleh pihak Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam. Ini gara-gara jutawan ini…

2 days ago

“Aeril terus pack barang dan keluar rumah” – Hidup Wawa Zainal gelap bila Aeril pergi

Pasangan suami isteri terkenal Aeril Zafrel dan Wawa Zainal diketahui amat bahagia ketika ini dan sering tayang kebahagiaan mereka di…

2 days ago

“Awak masuk dan buat hal di rumah saya” – Alyah

Datin Alyah telah meluahkan perasaannya setelah muatnaik gambar bersama suaminya Datuk Ramli Ms baru-baru ini. Dikatakan ada netizen yang telah…

3 days ago

Ayda Jebat dah jumpa doktor pakar bidan, disahkan hamil

Setelah dua bulan berkahwin, pasangan bahagia Ayda Jebat dan suaminya Nabil Mahir menerima berita yang amat menggembirakan. Menerusi laporan mStar,…

3 days ago

This website uses cookies.