Tuan punya badan, Harris Alif tampil beri kenyataan rasmi

4,546 views

Ekoran gambar raya yang dimuatnaik di laman media sosial yang menunjukkan baju yang sedondon, ramai nak tahu hubungan antara pelakon baru Harris Alif dan pelakon popular Intan Ladyana.

Setelah hangat diperkatakan netizen, akhirnya tuan punya badan iaitu Harris Alif tampil buat kenyataan rasmi tentang status sebenar hubungannya dengan pelakon Adnan Sempit itu.

Secara rasminya, Harris Alif akui sedang mengenali hati budi dan jalin hubungan cinta dengan Intan Ladyana. Hubungan ini sudah berjalin sejak beberapa bulan yang lepas

Harris memberitahu sebenarnya dah lama kenal dengan Intan Ladyana. Bermula umurnya lebih kurang 12 tahun iaitu sembilan tahun yang lalu dia dah kenal dengan Intan.

Namun hubungan mereka menjadi lebih rapat sejak beberapa bulan yang lalu dan mereka mula selalu menghubungi antara satu sama lain.

Bagi Harris, Intan Ladyana ada sikap yang amat positif dan peribadi yang sungguh baik sekaligus membuatkannya jatuh hati.

“Secara jujur, saya memang kenal lama dengan Intan Ladyana. Kira-kira lebih kurang dah sembilan tahun kenalinya. Namun masa itu mana ada perasaan dan kenalnya macam rakan saja.

“Jika kami jumpa di event, sekakunya kami tegur sapa saja. Dan akhirnya kami jadi rapat sejak beberapa bulan lepas. Kami sering contact dan mula dari situ, hubungan kami akhirnya terjalin.

“Intan merupakan seorang wanita yang amat cantik, bijak dan sungguh berkeyakinan yang tinggi. Dia ada hati yang sangat baik dan itulah ciri-ciri yang jadikan saya terpikat dengannya”.

Tentang jarak umur yang jauh iaitu 17 tahun, Harris tak kisah tentang hal berkenaan. Bagi Harris umur bukanlah jadi ukuran dalam sesuatu hubungan.

“Mula-mula, bercakap tentang jarak umur 17 tahun, memang ada buat kami tertanya sesama sendiri. Lama-lama sejak kami teruskan saja hubungan, hal tu dah tak jadi problem apa pun.

“Umur bukanlah satu isu besar yang boleh jadi halangan buat kami. Tak sama sekali”.

Untuk pengetahuan, Harris Alif akan menjengah usia 21 tahun pada bulan September tahun ini dan Intan Ladyana akan sambut hari jadinya yang ke 38 tahun pada bulan Jun depan.