Tukar fikiran di mahkamah, ini kenyataan Sharnaaz dan Nabila

4,427 views

Sharnaaz Ahmad dilihat telah buat satu keputusan dan bertukar fikiran apabila dia masih belum putus asa dengan perkahwinannya dan enggan mencerraikan isterinya, Noor Nabila Mohd Noor (kakak Neelofa). Bagi pelakon ini, dia masih nak selamatkan rumah tangga yang telah dibina bermula dua tahun lepas.

Oleh kerana kenyataan dari Sharnaaz itu, Hakim Syarie telah memerintahkan satu jawatankuasa pendamai (JKP) dibentuk pada 30 September bagi selesaikan kes tuntutan cerrai dari Noor Nabila.

Peguam Sharnaaz telah menyatakan kepada pihak mahkamah bahawa anak guamnya (Sharnaaz) tak setuju dengan tuntutan percerraian yang difailkan Noor Nabila.

Akan tetapi, peguam Nabila memberitahu bahawa ketika proses perbincangan, Sharnaaz sebenarnya telah setuju dengan tuntutan cerrai yang difailkan pada 27 Ogos lalu.

Ini kenyataan Nabila di mahkamah hari ini: “Fokus sy hanyalah mahu besarkan anak dgn baik serta bagi kasih sayang yg secukupnya. Sy tak sedia nak bagi sebarang kenyataan apa-apa lagi. Fokus sy hanya kpd anak saya. Minta doa dan harap semoga penyelesaian akan tercapai”

Sementara itu, ini pula kenyataan dari Sharnaaz ketika berda di mahkamah: “Kenapa klu khwin elok-elok, tak kan nk bercerrai smpi gaduh-gaduh. Soal redha atau tak dlm hal ini, kita ada pihak mahkamah. Kita perlu hadapi benda itu. Jadi, apabila mahkamah perintah utk lantik JKP, kita ikut saranan mahkamah. Kita cuba elokkan urusan dengan sebaiknya, Kita tengok saja nnt mcm mana pengakhiran selepas pelantikan JKP sama ada ianya dpt diselamatkan atau pun tak”

Nabila berkata dia dan Sharnaaz telahpun tinggal berasingan sejak bulan Februari yang lepas ekoran dah tidak ada lagi persefahaman antara pasangan suami isteri ini.

Malah kakak Neelofa ini turut menyatakan pihaknya ada cuba cari jalan utk selesaikan sallah fahham ini termasuk melalui keluarga kedua-dua pihak namun tidak berjaya.

Akhirnya Nabila tekah buat keputusuan dengan failkan permohonan cerrai mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) 1984.

Diimbas kembali, Sharnaaz dan Nabila tealh bernikah di satu majlis yang meriah pada 31 Mac 2017. Merek berdua mempunyai seorang anak lelaki bernama Jebat Jayden, Ogos 2018.

Semoga segala urusan dipermudahkan buat mereka berdua.