Tunang luah rasa, Intan Najuwa tak hormatinya?

4,876 views

Sejak akhir ini, kisah tentang Intan Najuwa selalu diperkatakan. Ianya berkaitan dengan gambar yang sering dimuatnaik oleh pelakon muda ini di laman IG miliknya.

Tak lama dulu, sibuk diperkatakan oleh netizen apabila gambar Intan najuwa kena dukung dan diangkat oleh rakan pelakon Idris Khan, sekaligus kena bahan dengan netizen. Tiba-tiba, yang terbaru, Intan buat lagi apabila muatnaik gambarnya dengan Zul Ariffin di atas kapal, yang mana dapat dilihat tangan Zul Ariffin diletakkan di atas peha Intan Najuwa.

Dek kerana hal ini, netizen terus melabel Intan Najuwa umpama patung yang aman dirinya mudah disentuh oleh lelaki lain walhal dia dahpun bergelar sebagai tunangan orang.

Melihat isu ini jadi viral, Intan Najuwa tampil buat kenyataan yang maan dia bagitahu bahawa dia tahu jaga batasan dan apa yang dia buat itu hanyalah tugasannya sebagai seorang pelakon. Gambar itu pun bertujuan untuk promosikan naskah lakonannya sahaja dan tak lebih dari itu.

Malah Intan Najuwa juga bagitahu, semua itu dah diketahui oleh pihak keluarga dan juga tunangnya.

Akan tetapi, menerusi laporan portal hiburan Rotikaya dan BeautifulNara, telah tersebar sejak malam tadi, gambar status di Insta Story yang dimuat naik oleh tunang Intan Najuwa iaitu Fazrul Anwar Rulis.

Dari status itu, dapat dilihat bahawa tunang Intan Najuwa tengah luah perasaan dan mahu hormati.

Ini seperti merujuk isu yang terpalit da nada yang mengaggap seperti Intan tidak menghormati dirinya sebagai tunang. Malah, ahli perniagaan itu turut ada menulis bahawa cinta tanpa rasa hormat akhirnya akan hilang jua.

Ini tulis tunangnya: “There will be time in your life to choose being loved or being respected. Always choose being respected. Love without respect always fleeting but that respect could grow into real lasting love”

Fuh memang ramai nak tahu, apa yang berlaku antara mereka. Semoga hubungan mereka baik sahaja.

Share this on...