Tunggakan hutang RM100,000 ini respon Kak Ogy

3,355 views

Kak Ogy Ahmad Daud iaitu penerbit teater Korupsi Dewan Semandung tampil membuat janji kepada semua yang terlibat dengan produksi teater berkenaan bahawa dia tetap akan bayar walaupun memang ada kelambatan dan tertunggak.

Sebagai pemilik syarikat Ogy Ventures and Network Sdn Bhd, Kak Ogy telah nafi dia nak larikan diri, tetapi akui dia ambil pendekatan berdiam diri apabila ditanya tentang isu pembayaran.

“Lewat atau pun cepat, saya akan tetap bayar payment berkenaan. Takda sebab saya nak larikan diri. Saya masih guna nombor phone yang sama dan saya juga ada dalam kumpulan WhatsApp produksi teater tersebut.

“Itu merupakan tanggungjawab saya dan tak akan lepas tangan. Kali terakhir saya send mesej kepada kumpulan produksi teater itu adalah pada hari Khamis lepas. Payment akan dibuat dan minta diberi masa untuk selesaikan hal ini.”

“Untuk info, baki yang tertunggak lebih kurang sebanyak seratus ribu ringgit (RM100000). Kalau ikutkan ada yg dah dapat bayaran awal sebanyak 30 peratus.

“Dan yang terbaru, saya dah bayar seribu (RM1000) kepada sembilan orang termasuk pelakon dan petugas produksi. Namun bayaran untuk pelawak Douglas Lim belum lagi dijelaskan. Walau jumlah berkenaan tak banyak, namun saya tetap berusaha nak bayarnya.

“Tentang duit dari hasil jualan tiket teater itu, saya langsung tak ambil seperti ada didakwa. Sebenarnya, saya guna duit itu untuk bayar kos pembinaan set dan juga audio.

“Memang besar cabaran yang saya hadapi ini, tetapi itu bukanlah satu alasan untuk saya melarikan diri. Saya tetap berusaha nak bayar walau kena buat loan bank atau pinjam dari seseorang.”

Kerana namanya jadi bualan ramai, ini tak membuatkan Kak Ogy cepat melatah. Ini jelasnya lebih lanjut tentang isu reputasinya.

“Saya sedar isu ini panas diperkatakan oleh orang ramai termasuk netizen apatah lagi selepas ada yang memuat naik hal ini di laman sosial. Mereka semua berhak buat macam itu dan saya akur.

“Kenapa perlu saya mahu rasa malu atau risau tentang reputasi tercalar? Berkenaan hal ini, saya tak letak diri sebagai seorang selebriti. Tapi saya anggap ujian ini sebagai ahli perniagaan. Saya pernah alami detik yang agak sukar sehingga produksi saya kena gulung tikar

“Walaubagaimanapun, ini tak patahkan semangat saya. Seperti contoh, Presiden USA, Donald Trump, yang mana dia pernah jatuh bankrap sebanyak tujuh kali. Tapi kini tengok dia di mana, apa kedudukan Trump sekarang. Kalau jatuh berapa kali pun, saya tetap akan bangkit semula.”

Itulah kenyataan terkini dari kak Ogy tentang isu gagal melunaskan payment untuk produksi teater Korupsi Dewan Semandung.