Ucapan cinta istimewa dari Wan Emir, lihat apa Mira Filzah balas

4,327 views

Malam tadi maka tamatlah status Mira Filzah sebagai anak dara dan kini pelakon dan pengacara ini telahpun bergelar isteri kepada Wan Emir, seorang artikek yang juga anak kepada timbalan menteri di negara ini.

Sekitar jam 9 malam, Wan Emir dan Mira Filzah telah selamat diijabkabulkan bertempat di Sime Darby Convention Centre, Bukit Kiara Kuala Lumpur.

Majlis pernikahan ini telah disaksikan secara langsung di laman media sosial TV3.

Selesai sahaja majlis, Mira Filzah bertemu dengan wartawan bersama suaminya, Wan Emir. Ini ucapan dari suaminya.

She is the only kind of love that I can feel in my heart. Sebagai suami saya akan buat yang terbaik, Mira insyaallah akan menjadi wonderful wife dan akan jadi loving mother kelak.

In pula jawapan dari Mira Filzah: “Sayang, saya mungkin bintang popular, tapi saya banyak flaw dan kekurangan juga. Saya ada perangai sendiri. Bukan sentiasa lemah lembut dan bukan sentiasa manis sahaja, oleh itu please mungkin kalau ternampak lepas ini sila guidelah saya, bimbing saya agar dapat jadi yang lebih baik, semoga bersama sampai jannah”.

Memang amat manis kedua pengantin baru ini, yang mana dilihat masih malu-malu untuk bersama. Malahan ada video menunjukkan mereka agak kekok ketika foto bergambar bersama.

Dalam pada itu, sebelum ini, Mira Filzah ada bercakap tentang karakter Wan Emir yang membuatkan dirinya rasa terbuka untuk menerimanya sebagai suami. Jom baca kenyataan Mira sebelum ini.

“Karakter Wan Emir. Keseluruhan karakter Emir memang nampak very strong but dan ianya disenangi. Saya amat selesa bersama dia. Cara cakapnya sangat soft spoken. Sepanjang kenal, tidak pernah sekali dia tinggi suara. Hati ini sentiasa rasa senang dan tenang.

Pada mulanya, Mira Filzah ingtakan Wan Emir ini umpama lelaki yang agak boring. Tetapi setelah kenalinya dan berjumpa, barulah Mira tahu Emir ni okey orangnya. Bak kata pepatah tak kenal maka tak cinta.

“Emir dilihat kejar-kejar namun Mira yang tidak layan kerana masa tu rasa malas nak layan. Jika dilihat di Instagram, dia suka tulis caption panjang dan nampak agak boring. Emir suka ekspresi diri melalui tulisan”.

“Mak kenal arwah papa dia, ayah Mira pun kenal dia. Oleh tu mak dan ayah lah yang push Mira jumpa Emir. Pergi jumpa sekejap. Jumpalah sekali pun tidak mengapa. Kalau tak suka lepas jumpa pun tak apa.

“Namun semuanya berubah, buat pertama kali jumpa, dia taklah boring macam kat Instagram. Emir ni agak kelakar juga. Selain itu, dia aktif dalam seni, drama dan pernah berlakon. Namun begitu Emir tidak adalah menonjol macam orang lain.

Tahniah buat Mira Filzah dan Wan Emir, semoga berbahagia sebagai suami isteri.