Ucapan ‘tahniah dah kahwin’ dari menteri Dr Zulkifli, ini reaksi Erra Fazira

4,500 views

Erra Fazira tampil memberi respon setelah ada yang sangka dirinya telah bernikah semalam. Hal ini mula viral setelah Menteri Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Agama iaitu Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri muatnaik satu status di laman Facebook miliknya.

Di status berkenaan, Dr Zulkifli mengucapkan jutaan tahniah kepada Erra Fazira kerana telah selamat disatukan dengan pasangan pilihan di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan.

Rupanya, Dr Zulkifli hanya bergurau sahaja, memang individu yang berkahwin itu namanya Erra Fazira tapi ini Erra Fazira lain bukanlah pelakon popular tesebut. Nama sahaja yang sama.

Ini tulis Dr Zulkifly: “Tahniah Puan Erra Fazira dan suami dah selamat nikah tadi. Ianya dilakukan di pejabat JAWI, tempoh sekejap lebih kurang 20 minit saja, ikut procedure.  Nama saja sama, tetapi bukan individu yang disangka. Saya pun terkejut pada awalnya. Ingatkan pelakon filem Sembilu”.

Melihat hal ini jadi bualan ramai, tuan punya badan iaitu Erra Fazira ada upload satu caption di laman Ig miliknya. Baginya, Dr Zulkifli ini seorang yang kelakar.

Lucu juga sekali-sekala menteri kita, Dr Zulkifli ni bergurau. Habis gegar phone saya terima ucapan tahniah. Tapi tak pape pun, semuanya lucu. Tapi ada yang marah juga sebab tak bagitau. Sorrylah korang semua, kita memang plan nak buat secara senyap-senyap saja”.

You all minta doakan la ye. Bakal suami saya tu pemalu orangnya, sampai sekarang ni tak muncul-muncul. Duduk di mana entah, main sorok-sorok pula”.

Apabila dihubungi pihak media, Erra Fazira, akui dia juga terkejut apabila ada netizen yang mula ucap tahniah kepada dirinya, banyak ucapan tahniah yang mengatakan dia dah akhiri zaman single.

Mulanya amat terkejutlah secara tiba-tiba dihujani dengan ucapan tahniah dan sebagainya. Last-last saya dapat tahu bahawa itu hanyalah gurauan, usikan saja”.

Saya pun tak tahu lah samada ungkapan itu adalah satu doa ataupun sekadar kebetulan saja. Apapun, saya ambil hal ini dari pandangan positif. Semoga ianya akan jadi doa untuk diri saya”.

Dilihat diruangan komen entry Dr Zulkifli itu, ramai yang terhibur dengan status berkenaan. Ada yang mengatakan, ibu kepada pengantin berkenaan sudah pasti peminat setia Erra Fazira sampaikan menamakan anaknya dengan nama Erra Fazira.

Untuk info tentang pelakon Erra Fazira atau nama sebenarnya Fazira Wan Chek, Erra pernah mendirikan rumah tangga sebanyak dua kali. Pertama dengan Yusry Kru dan kedua dengan Engku Emran, dan mempunyai seorang anak perempuan.