Ukuran pinggang Fatin Afeefa 24 inci, ini amalannya

4,543 views

Pelakon yang mula popular ketika zaman kanak-kanak iaitu Fatin Afeefa kini mula mengukuhkan namanya sebagai seorang pelakon yang mula dikenali ramai.

Fatin kini merupakan seorang ibu kepada dua orang cahaya mata namun, dirinya ketika ini single kerana telahpun berpisah dengan suaminya.

Menerusi satu perkongsian, Fatin Afeefa telah berkongsi bahawa dirinya kini mempunyai ukuran pinggang yang amat slim iaitu 24 inci sahaja.

Sentiasa kelihatan kurus dan cantik, ada yang tertanya macam mana dapat bentuk badan ideal seperti pelakon ini dan memberi jawapan secara terbuka, Fatin telah berkongsi amalan yang diamalkan.

Ini tulis Fatin Afeefa yang ditulis di laman Instagram baru-baru ini tentang cara dapat pinggang kurus ramping.

Wah saya akhirnya dapat memiliki 24 inch ukuran lilit pinggang. Sebenarnya baby pooch masih ada lagi namun begitu saya sedang usaha keras untuknya. Fatin Afeefa buat banyak rutin senaman terutama oblique dan juga abdomen workout. Fatin juga buat planking. Dan sudah tentu Fatin akan selalu pakai bengkung Sexy Curve selama 8 jam sehari. Pakai ni terutama ketika tidurlah”.

Dengan memiliki pinggang ramping bagaikan kerengga ini, sememangnya ianya umpama ukuran pinggang anak dara dan boleh katakana ni lebih hebat dari anak dara, walhal Fatin merupakan ibu dengan dua orang anak.

Anak sulung Fatin Afeefa bernama Adam Aisy Arrian dah pun masuk usia 9 tahun dan kemudian anak kedua ialah anak perempuan bernama Ivy Herra Sophia kini berumur 4 tahun.

Sudah tentu dengan usaha yang kuat dan keazaman yang tinggi seperti yang diamalkan oleh Fatin Afeefa itu, memang boleh kalau kita nak capai dan dapat pinggang ramping sepertinya. Dan jangan lupa untuk jaga pemakanan juga, kalau tak sia-sia sahaja usaha.

Fatin Afeefa ketika kecil mula mencipta nama sebagai pelakon melalui filem Tentang Bulan bersama Aedy Ashraf, Erin Malek dan Nik Adruce.