Vokalis Putera Band akui dah putus harapan bila ketahui kaki akan dipotong

38,712 views

Bekas vokalis kepada kumpulan remaja Putera Band iaitu Haziq menerima dugaan di usia yang amat muda. Sedang nama naik dengan lagu seperti Rebahku Tanpamu dan Tersiksa, Haziq telah terlibat dengan satu kemalangan.

Secara jujur, insiden berkenaan membuat Haziq pernah rasa putus asa dengan dunia nyanyian apabila kakinya dikatakan hampir dipotong ekoran komplikasi dari kemalangan jalan raya berkenaan.

Cekal dan tabah untuk berubat dan merawat kaki, akhirnya Haziq kini dah bangkit semula dan kaki sudahpun pulih.

Kini Haziq akan kembali ke dunia nyanyian dan sudahpun merakam lagu terbaru, lagu solo.

Pengalaman apabila kaki saya hampir nak kena potong telah timbulkan keinsafan dalam diri. Memang nak kembali menyanyi dan berada atas stage buat persembahan merupakan salah satu dari doa ketika saya terlantar”.

Syukur alhamdulillah, berkat doa mama dan kata-kata semangat yang diberikan setiap hari sekarang dah kembali pulih, saya mampu berdiri dan berjalan, dan kini akan teruskan kerjaya anak seni”.

Memang diakui saya rasa amat takut bila dapat tahu kaki nak kena potong. Mujurlah, masa tu ada mama yang berusaha menghalang kaki saya dari kena potong. Kalau tak, entah apa nasib saya sekarang”.

Untuk pengetahuan, Haziq merupakan anak kepada peserta Gegar Vaganza iaitu Linda dari kumpulan Eva.

Haziq juga telah keluar dari kumpulan Putera Band ketika terlantar sakit. Kini haziq akan kembali sebagai penyanyi solo dengan lagu ciptaan Haqiem Rusly iaitu Kembali Tersenyum.

Terima kasih kepada Haqiem Rusly sebab buat lagu ini untuk saya. Lagu Kembali Tersenyum memang saya minta Haqiem buat sepenuhnya. Ia tentang kisah saya, semasa saya terlantar tidak berdaya untuk berdiri, saya tolak semua orang yang disayangi sebab tak nak mereka rasa terbeban denagn keadaan saya masa tu”.

Pada tahun 2018, nama Putera Band mencanak naik setelah lagu rebahku Tanpamu masuk ke corong radio dan mendapat jutaan tontonan di laman meida sosial. Semoga terus sukses diucapkan buat buat Haziq selepas ini. Kalau nak dengar lagunya boleh dengar di channel FMC Music.