Wak Doyok kena dakwa, berdepan denda maksimum RM500,000

3,104 views

Wak Doyok telah kena dakwa di Mahkamah Johor Bahru hari ini kerana satu pertuduhan yang mana dia guna lambang kemahkotaan Sultan Johor iaitu Sultan Ibrahim Iskandar.

Logo berkenaan dibuat khas untuk Wak Doyok tanpa kebenaran baginda seperti mana yang telah viral sejak minggu lepas.

Wak Doyok telah mengaku tak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Wan Mohd Norisham Wan Yaakob.

Dari pertuduhan, Wak Doyok didakwa guna lambang kemahkotaan Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim untuk tujuan persendirian tanpa dapatkan kebenaran bertulis dari Sultan Johor.

Kalau ikutkan, dek kerana hal berkenaan, Wak Doyok boleh kena denda tak kurang daripada RM250,000 atau tidak lebih RM500,000 dan juga boleh kena penjara lima tahun maksimum. Berat juga kes ini.

Malah pendakwa telah menawarkan wang ikat jamin RM50,000 kepada tertuduh kerana kes ini satu kes yang amat serius.

Akan tetapi, peguam Wak Doyok telah buat rayuan agar diberi denda yang rendah dengan alasan anak guamnya kini menjaga ibunya yang berusia 78 tahun dan juga pendapatan perniagaannya telah terjejas akibat kes Covid-19.

Setelah meneliti, hakim beri keputusan tertuduh boleh dijamin dengan wang RM35,000. Sementara itu sebutan kedua kes ditetapkan pada tarikh15 Jun.

Wak Doyok hadir ke mahkamah dengan memakai kemeja batik coklat.

Sebelum ini, personality yang terlibat dengan dunia fesyen itu telah beri keterangan di balai polis.

Kes ini mula berlaku apabila Wak Doyok telah kantoi buat tempahan khas berbentuk cincin dengan ukiran lambang peribadi Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar pada tahun 2018 secara online dari negara jiran, Indonesia.

Kemudiannya, dia dah pun meminta maaf kepada keluarga Diraja Johor selepas ditegur oleh Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris yang memuatnaik gambar cincin berkenaan dan minta penjelasan dari Wak Doyok.