Wan Maimunah tak dapat tahan air mata ketika terima sumbangan

4,313 views

Wan Maimunah antara pelakon yang memanjatkan kesyukuran setelah ada pihak yang beri sumbangan kepadanya. Wan Maimunah telah terima sedikit sumbangan dari Ustaz Sheikh Mohammad dan juga beberapa pihak yang lain.

Satu video yang merakam reaksi Wan Maimunah ketika terima sumbangan telah dikongsikan dan jelas kelihatan pelakon ini rasa sebak sampaikan tak dapat nak tahan air matanya dari terus mengalir di pipi.

Wan Maimunah yang kini dan pun berumur 67 tahun, dilihat menerima sumbangan berkenaan sambil ucapkan terima kasih kepada ustaz. Sumbangan itu termasuklah beras, roti dan beberapa bekalan makanan lain.

Jelas Wan Maimunah, dia pada awalnya ada terima mesej dari Presiden Persatuan Wartawan dan Penulis Hiburan Malaysia, Datuk Tengku Khalidah yang hubunginya untuk beritahu tentang kunjungan dari ustaz dan pihak yang mahu membantu Wan Maimunah.

Ini komen Wan Maimunah: “Syukur alhamdulillah, ibu dapat lagi beberapa sumbangan yg dihantar oleh ustaz. Lepas je sembahyang subuh, ibu ada terima mesej darip Tengku Khalidah yg bagitau ustaz nak datang. Tu lah dia. Alhamdulillah, setiap yg baik, kebaikan juga balasannya. Terima kasih ustaz, dari jauh ustaz datang”.

Wan Maimunah yang terkenal dengan lakonan yang mantap dan berkesan kini sedang berada di rumah anak angkatnya yang terletak di Kota Puteri, Batu Arang, Selangor.

Kata Tengku Khalidah, dia muatnaik video ini sebagai tanda penghargaan kepada ustaz Sheikh Mohammad yang mengerah keringat untuk membantu mereka yang memerlukan.

Ustaz Sheikh Mohammad dengan kerjasama persatuan wartawan dan penulis hiburan dan beberapa artis seperti Zul Yahya dan Azza Elite, kini aktif memberi bantuan kepada artis veteran.

Selain Wan Maimunah, pihak mereka turut ada memberi sedikit bantuan kepada artis veteran yang lain seperti Hail Amir, Norlia Ghani, Shima, Aripah Damanhuri dan ramai lagi..

Mereka turut bagi bantuan kepada penggiat teater dan krew di sebalik tabir. Semoga usaha mereka ini dirahmatinya.