Wanita miliki dua rahim, menangis apabila ditanya bila nak ada anak

2,792 views

Setelah berkahwin, sudah tentu pasangan suami isteri itu ada memasang impian untuk memiliki anak atau zuriat sendiri. Ada yang kata, anak ini umpama penyeri dan pelengkap kepada sesebuah keluarga.

Namun tak semua impian boleh jadi kenyataan, untuk bab anak ini, ianya turut bergantung juga kepada rezeki yang telah ditetapkan oleh tuhan yang maha esa.

Ini merupakan kisah tentang seorang isteri telah meluahkan rasa yang terbuku di hatinya berkaitan soal zuriat ini. Melalui laman media, wanita bernama Scha Pyqa ada menceritakan kisah yang terjadi kepadanya, kesukaran untuk mendapatkan cahaya mata.

Dari satu video, Scha dilihat mengalirkan air mata ketika bercerita apa yang berlaku

Scha Pyqa dah dua tahun berkahwin, namun masih belum dapat zuriat, maka ada pihak yang nmula bertanya, bila nak ada anak.

Menceritakan apa yang berlaku, Scha Pyqa melalui banyak dugaan. Antaranya ialah dia mempunyai masalah cyst dan selamat jalani surgery.

Dan kemudian diketahui bahawa mempunyai hanya satu buah pinggang sahaja. Jika orang yang normal, seseorang itu memiliki duah buah pinggang, di bahagian kiri dan juga kanan.

Tak cukup itu, rahim Scha juga disahkan berbeza dari wanita lain. Bentuk rahimnya dilihat mempunyai dua ruang.

“Bila nak ada anak, takkan tak puas enjoy. Ramai yang tanya saya tentang zuriat, saya jawab dengan senyuman. Orang tak tahu setiap hari saya pun risau, saya ni bolehkah pregnant.”

“Sebelum kahwin doktor sahkan saya ada cyst, surgery dah selamat dibuat. CT scan menunjukkan, saya hanya ada satu buah pinggang.”

“Lepas buat surgery itu, doktor menyatakan saya mempunyai bentuk rahim yang unik. Rahim saya bukan satu tapi ada dua. Kemudian salah satu tiub ke rahim pula tersumbat.”

Video ini lantas menjadi viral yang mana ramai netizen mula memberi kata-kata semangat kepada Scha Pyqa. Ada yang yakin rezeki akan datang jika diberi izin oleh tuhan.

Scha Pyqa diminta untuk cekalkan hati dan tak usah mendengar komen dari mereka yang tak tahu keadaan diri sendiri. Yang penting kena percaya dengan rezeki dari tuhan.