“Ye saya biawak, saya miskin, bila mampu saya pulangkan” ~ Respon Yas

13,429 views

Kisah antara Zarina Anjoulie dengan bekas suaminya Eilyas Azhar telah diketahui orang ramai. Mereka berdua telahpun bercerai.

Kata Zarina Anjoulie, dia dan suami telahpun bercerai dengan talak tiga. Ini sebenarnya kali kedua pasangan ini berpisah.

Mereka telah berpisah buat pertama kali awal tahun 2021 dan rujuk semula sekitar bulan Mac 2021.

Pengumuman penceraian dibuat oleh Zarina Anjoulie di laman Ig miliknya. Dan tak lama selepas itu, Eilyas pula telah meluahkan perasaannya di laman Ig miliknya.

Eilyas yang lebih mesra disapa Yas ada mengatakan bahawa dia sudah banyak beri muka kepada isterinya malah melabel kehidupan di dunia nyata di laman media berbeza, kerana banyak yang palsu.

Baru-baru ini, Zarina pula meluahkan perasaannya. Zarina ada mendedah dia ada beli baju raya untuk suaminya itu yang berharga Rm800.

Baju raya untuk dirinya sendiri tiada kerana Zarina Anjoulie lebih mendahulukan suami dan anaknya.

Kata Zarina itu adalah antara pengorbanan yang dibuat olehnya, iaitu sentiasa mendahulukan suaminya.

Bahkan, Zarina ada mengatakan dia ada belanja suaminya duit sebanyak RM500, tak lama sebelum berpisah kerana Yas ketika itu tak cukup duit.

Dek kerana Eilyas dah cakap dia rasa semak dengan Zarina, akhirnya Zarina berkata dia yang menangung bekas suaminya itu termasuk spender dan telah menuntut beberapa barangnya seperti beg, phone dan item lain.

Melalui satu laporan portal Hot FM, Eilyas dilihat ada menulis respon tentang hal berkenaan. Ini komen dari Yas melalui Ig story miliknya.

Saya terima segala yang dilemparkan. Ye saya biawak, saya memang miskin dan seorang kaki pau isteri. Saya juga selalu buka aib isteri dan seorang yang tak kenang budi.

Maafkan saya semua, dan maafkan saya ye Anju. Saya tak buat lagi sebab dah talak tiga. Maaf bebankan hidup kamu.

Bila saya mampu saya akan pulangkan balik apa yang awak beri tu. Saya nak pakai phone dan spender ni sampai puas, sorry ye.”

Itulah respon balas dari Eilyas kepada Zarina Anjoulie.