Zamarul Hisham umum Diana Rafar kini hamil

12,912 views

Satu berita baik telah diterima pada hari ini. Sempena hari jadi pelakon dan penyanyi Diana Rafar yang ke 38 tahun, pelakon Zamarul Hisham buat satu pengumuman bahawa isterinya itu kini sedang mengandung anak ketiga mereka.

Menerusi satu kenyataan, anak dalam kandungan Diana Rafar itu kini sudah pun masuk trimester kedua iaitu lebih kurang dah lima bulan.

Menerusi perkongsian berkenaan, Zamarul Hisham meluahkan rasa bersyukurnya kepada Illahi kerana dikurniakan isteri seperti Diana Rafar yang sempurna di matanya. Ini komen dari zamarul Hisham.

“Selamat hari jadi kepada bidadariku bernama Diana Rafar, saya amat berterima kasih padamu ya Allah sebab telah menjadikan dia sebagai permaisuri hidupku ini.

“Semoga kami sekeluarga sentiasa diberi kesihatan yang baik, sentiasa diluaskan pintu rezeki, sentiasa mendapat rahmatnya, serta diberkati dan dilindungi oleh Allah.

“Alhamdulillah saya nak umumkan bahawa Diana kini dah mengandung lima bulan, marilah kita doa kesejahteraan buat Diana dan bayi dalam kandungan agar diberi kesihatan yang baik”.

Pengumuman itu menerima lima ribu tanda like oleh para followernya. Sehingga kini, Zamarul Hisham tak ada lagi memberitahu jantina anak dalam kandungan isterinya itu.

Di ruangan komen, para followernya menulis ucapan tahniah kepada Zamarul dan juga Diana dan ramai yang mendoakan agar segala urusan Diana Rafar sepanjang mengandung anak ketiga itu akan dipermudahkan.

Imbas kembali, Zamarul Hisham, 49 tahun dan Diana Rafar telah bernikah pada tahun 2009 dan sepanjang perkahwinan, pasangan ini mempunyai dua orang anak iaitu Kashfi Haikal, 10 tahun dan Kayla Reysha, 3 tahun. Sebelum ini, Zamarul Hisham mempunyai dua orang anak lelaki hasil perkahwinan terdahulu.

Diana Rafar merupakan adik kepada Linda Rafar yang popular menerusi kumpulan nyanyian Elite, yang disaha bakat oleh kumpulan KRU.