Zarina Zainuddin sayang madunya, ini yang dilakukan madunya itu

4,835 views

Hidup bermadu ni memang satu perkara yang amat mencabar dan bukan semua boleh laluinya. Nama pelakon Zarina Zainuddin antara yang hidup sebagai isteri kedua dan yang bestnya Zarina mengakui madu atau isteri pertama suaminya adalah seorang yag amat baik orangnya.

Kini Zarina dan tempuhi 27 tahun hidup bermadu, dan pelakon ini telah berkongsikan kisah hidup dengan madunya iaitu Datin Seri Noorhasimah Mohd Noor.

Dedah Zarina, Datin Noorhasimah banyak ajar dan bimbingnya dirinya ke jalan yang lebih baik. Malah, Zarina dia amat sanjungi dan sayangkan madunya itu.

Ketika Zarina amat bersedih hati akibat kehilangan datuk dan nenek, madunya itu setia bersama dan telah menenangkan dirinya.

Datin Noorhasimah juga individu yang telah ajar cara untuk berniaga. Sehingga kini Zarina memang sibuk berniaga dan mereka sam-sama uruskan bisness keluarga mereka.

Seperti kasih Zarina terhadap suami begitu juga sama kasihnya pada wanita berhati mulia itu. Ini nukilan hati dari Zarina tentang madunya.

“Seorang insan yang amat saya sanjungi. Beliau yang ajar saya erti kehidupan ini dan selalu je tegur kala saya ada salah. Beliau lah yang bimbing saya ke jalan benar.

“Dia bagi keizinan untuk saya kongsi kasih suami dengannya, kemudian saya yang tidak berapa pandai ni telah diajar pula cara berniaga. Lepas tu saya dibaginya caruman epf dan saya juga telah diberi gaji bulan bulan sampailah sekarang ni. Saya memang ada epf dan sebenarnya ini semua adalah ketika saya bekerja dengan madu saya.

“Ketika ini syarikat berkenaan kami teruskan walaupun tak adalah nak gah mana mata orang namun untuk saya itulah permulaannya yang mana saya telah belajar berkenaan kehidupan. Kalau nak cakap, banyak mana saya sayang suami saya macam tu jugalah saya sayang juga kepadanya.

Diimbas kembali, Zarina Zainuddin telah berkahwin dengan Datuk Seri Raihan Wan Jaafar sebagai isteri kedua pada tarikh 13 Julai 1993 dan mempunyai empat orang cahaya mata.