“Zizan, awak puji ke perli, saya confuse..” ~ Aliff Syukri

3,637 views

Semua dah tahu bahawa lagu raya berjudul Lala Raya nyanyian Datuk Seri Aliff Syukri kini sedang trending nombor satu di Malaysia.

Melihat kejayaan yang dicapai oleh Aliff Syukri, pelakon dan pelawak terkenal, Zizan Razak tampil memuji Aliff Syukri.

Kata Zizan, vokal Aliff Syukri memang hebat dan dah setaraf seperti level penyanyi antarabangsa.

Ini komen Zizan Razak di laman IG milik Aliff Syukri: “Memang dah ternyata bahawa datuk memang kini penyanyi nombor satu negara. Sekarang ni tengah trending nombor satu lagi. Suara datuk memang dah ala-ala penyanyi dari negara barat. Harapnya lepas ni Datuk dapat buat persembahan di Grammy Award.”

Itulah komen dari Zizan Razak kepada Aliff Syukri. Kemudian Aliff Syukri ada memberi respon balas di atas komen dari Zizan itu.

“InsyaAllah Zizan, doakan saya, memang itulah cita-cita dan impian saya. Terima kasih pada Zizan, sebab puji suara saya. Zizan memang pandai menilai bakat orang. Dengan izinya, saya ingat nak menyanyi live untuk awak sebagai tanda penghargaan. Percuma je persembahan saya ni Zizan tak perlu bayar. Saya amat bersyukur vokal dan bakat saya kini dipandang.”

Zizan juga ada menulis reply sekali lagi: “Tinggi cita-cita beliau. Datuk secara jujur, memang bakat Datuk tak boleh nak disangkal, tak ada tandingan. Saya pernah jadi juri dalam banyak rancangan dan saya tahu kemampuan vokal Datuk tu. Akan tetapi, cuma part yang nak menanyi live depan saya tu, boleh tak saya periksa dulu jadual kerana sekarang ni saya agak busy dengan penggambaran. Bukan tak mahu, namun kerja saya banyak, Datuk fahamkan maksud saya.”

Alif Syukri kemudian ada menulis semula samada Zizan ni komen betul-betul atau sebaliknya: “Saya confuse, awak ni perli saya atau tengah puji saya dengan ikhlas ni.”

Zizan kemudian memberitahu kepada Aliff Syukri dia memang betul-betul puji nyanyiannya.