Zizan Razak akui minta nombor dari ibunya, jelas hubungan dengan Bella Astillah

3,786 views

Pelawak tersohor Zizan Razak secara tiba dikaitkan dengan pelakon dan penyanyi comel Bella Astillah setelah Bella hadir ke satu majlis keluarganya. Pelakon hebat ini tampil membuat kenyataan tentang hal ini. Zizan buat penegasan bahawa dia dan Bella Astillah langsung tak ada sebarang hubungan istimewa.

Jelas Zizan Razak, Bella Astillah telah hadir di di majlis hari lahir ibu Zizan baru-baru ini adalah satu perkara yang tidak dirancang. Katnya lagi, hanya kebetulan Bella berada berdekatan dengan lokasi majlis tersebut.

Kata Zizan, dia tak akan dedahkan siapa kekasihnya sekiranya dia sedang dilamun cinta.

Ini komen Zizan tentang hubungannya dengan Bella: “Kebetulan pd mlm sy nk buat kejutan tu, Bella ada hubungi sy utk tanya ttg telefilem yg bakal kami berlakon sama.

“Ms dia call itu, sy ada tanya dia ada kat mana dn dia kata ada kat Kuala Lumpur, mmg dekat dgn lokasi sy nk buat majlis kejutan hari lahir utk ibu.

“Dia tanya sy nk ke mana, sy cakaplah nk pergi sambut hari jadi ibu. Alang-alang itu, sy ajk dn dia pun datang lah tapi lepas itu habis mcm tu ja, takde ape.

“Sy ini jenis klau sdg cinta, saya tidak akan tayang kekasih sy tu tapi kalau saya tak bercinta atau sedang kawan biasa, mmg selamba letak di laman media sosial”

Zizan Razak ada cerita sebenarnya dia terlebih dahulu mengenali ibu dan Didi Astillah (adik Bella) ketika sedang menikmati makanan di gerai.

Dedah Zizan Razak, ketika itu dia terus meminta nombor telefon Bella selepas teringat pengarah (Ghaz Abu Bakar) ada nak bertanyakan tentang pelakon wanita untuk digandingkan menerusi telefilem berjudul Kerusi Kecil, dan Zizan teringat akan Bella Astillah.

Ini jelas Zizan: “Satu hari itu saya mkn kat satu gerai ni dan rupa-rupanya ibu dan adik Bella, Didi duduk di belakang meja saya. Ibu dia telah dtg tegur saya dan beritahu dia adalah ibu Bella.

“Kebetulan sebelum ini Ghaz Abu Bakar ada tanya siapa pelakon utama wanita yang saya nak berlakon sama untuk telefilem (Kerusi Kecil) dan dia ada beri beberapa nama tapi saya kata tak kisah sesiapa pun.

“Sampailah terjumpa dengan ibu Bella, sy trus mntak number phone Bella sebab terdetik idea utk nak ajk dia berlakon jadi pelakon utama dalam telefilem berkenaan”

Kalau korang nak tahu, Zizan telah muatnaik satu video ketika dia buat kejutan untuk birthday ibunya. Video berkenaan diupload di Ig miliknya pada 12 Ogos lalu dan terus jadi perhatian para netizen bila ada kelibat Bella Astillah.

Ramai followernya yang amat teruja melihat kedatangan bekas isteri kepada penyanyi Aliff Aziz itu di event berkenaan dan terus jadi tanda tanya serta spekulasi adakah mereka kini ada hubungan istimewa.

Share this on...