15 foto: Sekitar wedding viral jejaka Melayu dengan gadis Rusia

4,044 views

Menjadi kisah yang viral apabila jejaka dari Malaysia, Anwar Mohd Yusli yang berumur 27 tahun telah mendirikan rumah tangga dengan gadis dari negara Rusia bernama Anna Eltsova yang kini berumur 23 tahun.

Perkahwin pasangan ini berlangsung pada hari Sabtu yang lepas di Teluk Panglima Garang, Selangor.

Beberapa keping wedding photo Anwar dan Anna Eltsova telah menjadi viral sekelip mata.

Anwar yang bekerja sebagai contractor dan juga photographer bertemu dengan Anna Eltsova yang merupakan seorang model pada tahun 2018 di satu sesi penggambaran.

“Saya mula kenali Anna pada Julai tahun 2018 ketika satu sesi photoshoot. Ketika tu saya ambil gambar dia untuk satu photoshoot baju.”

“Anna kerja sebagai full time model di Malaysia, dia dah datang sini dua tahun sebelum kami mula bertemu, sekitar tahun 2016.”

“Di awalnya, masa kenal Anna, family memang ada rasa was-was. Namun lama-lama, saya yakinkan family sebab Anna ni gadis yang lain dari lain. Anna dah adapt dengan budaya kita dan memang suka tinggal kat negara ni.”

Setalah kenali hati budi, Anwar bertunang pada tahun lalu, Februari 2020. Anwar memang yakin Anna adalah jodohnya.

“Saya lamar Anna ketika sambutan birthday dia pada Februari 2020. Saya bagi cincin tanda pertunangan.”

“Memang ada cabaran, ramai lelaki datang pada dia. Namun dia bukannya wanita mata duitan. Anna nampak keikhlasan saya dalam hubungan kami.”

Tentang komunikasi, Anwar menjelaskan isterinya itu fasih bertutur bahasa Inggeris dan mampu bercakap bahasa Melayu.

“Anna fasih cakap English, kerana family dia pernah hantar dia belajar di Amerika Syarikat selama beberapa bulan.”

“Dia juga faham sikit dan sedang belajar bahasa Melayu dan sering tanya maksud perkataan yang dia tak tahu.”

“Jika berborak dengan sesiapa dalam bahasa Melayu, Anna boleh je faham, bahasa Melayu agak mudah juga katanya.”

Jelas Anwar, Anna kini suka dengan masakan melayu dan mula minat makan pedas.

Tentang majlis resepsi, pasangan ini masih belum berbincang tentangnya kerana menunggu habis perintah kawalan pergerakkan yang masih berlangsung.

Anwar dan Anna Eltsova menerima ucapan dari ramai netizen setelah viral di Twitter dan juga di Tik Tok.