Categories: Hiburan

6 Foto: Majlis pernikahan Sam Bunkface dan Puteri Eifa, cantik orangnya

Pada usia 33 tahun, vokalis utama dari band Bunkface iaitu Sam, telah mengesahkan pernikahannya dengan seorang gadis jelita berumur 25 tahun.

Sam atau nama penuhnya Shamsul Annuar, telah disatukan dengan gadis bernama Puteri Eifa Ezrin Mohd Kushairi semalam.

Sebelum ini Sam Bunkface telah single dan hidup menduda selama lebih kurang dua tahun.

Sam telah menyampaikan berita baik ini menerusi laman IG miilknya pada jam 8 malam. Beberapa keping gambar sekitar majlis pernikahan telah dimuatnaik untuk tatapan para peminat dan orang ramai.

Menerusi gambar itu, kedua pasangan suami isteri ini memakai busana berwarna putih dan mengambil gambar kenangan di atas pelamin yang dihiasi bunga. Ada juga gambar Sam menyarung cincin dan kemudian isterinya mencium tangannya.

Ini tulis Sam di ruang caption: “Salam Jumaat buat semua. Di sini saya mahu beritakan bahawa Sam telahpun selamat menikahi Puteri Eifa Ezrin binti Mohd Kushairi. Semoga semua pihak dapat doakan yang baik-naik untuk kami berdua. Syukur Alhamdulillah”.

Di ruang komen, para peminat Sam Bunkface telah meluahkan rasa gembira dengan perkhabaran yang baik ini. Rata-rata menulis ucapan tahniah disamping doa agar kedua mereka bahagia sebagai suami isteri.

Sebelum ini, Sam Bunkface pernah menyatakan dia dan Eifa bertemu setelah dikenalkan rakannya yang juga manager kumpulan Bunkface iaitu Farriz.

Sam Bukface juga menyebut bahawa Puteri Eifa Ezrin bukanlah orang di dalam kalangan indistri seni tanah air ini.

Ini merupakan perkahwinan kedua buat penyanyi yang juga abang kepada pelakon Siti Saleha ini.

Pada tahun 2015, Sam Bunkface pernah berkahwin dengan seorang producer bernama Aida namun berpisah awal tahun 2019. Hasil dari perkahwinan berkenaan, Sam Bunkface mempunyai seorang anak lelaki bernama Maleeq yang kini dah masuk umur 3 tahun.

Recent Posts

“Dah hampir sebulan, bayang rumah tak nampak lagi” Fendy Caliph Busker

Sebelum ini ramai yang datang membantu pemain drum kumpulan Caliph Busker iaitu Fendy. Malah rumah…

6 hours ago

“Itu bukan saya” Shahrol Shiro nafi terbabit, siap beri bukti

Setelah ada laporan tentang pelawak yang terbabit satu kes besar di Negeri Sembilan, ramai yang…

14 hours ago

“Jangan ingat boleh lari” Linda Rafar

Linda Rafar telah terima mesej yang agak keterlaluan melalui DM dari seorang yang tak dikenalinya.…

16 hours ago

Ini kenyataan Tauke Raja Lawak

Ekoran ada laporan mengatakan pelawak berumur lingkungan 40an ditahan pihak berkuasa kerana kes di Negeri…

1 day ago

Tak minta maaf, Siti Nordiana fail saman jumlahnya RM2.5 juta

Siti Nordiana atau Nana telahpun failkan saman ke atas lima individu termasuk dua penyanyi popular…

1 day ago

Ini kenyataan penuh Ketua Polis, sahkan pelawak popular ditahan reman

Memang mengejutkan apabila pelawak terkenal telah ditahan pihak berkuasa di Negeri Sembilan pada hari Ahad…

1 day ago

This website uses cookies.