Categories: Viral

Ada cakap macam ibu dan anak, baca respon Haris Alif

Kisah percintaan antara dua pelakon Intan Ladyana dan Haris Alif sering jadi topic perbualan orang ramai. Kini, dah nak satu tahun kedua-dua pelakon ini menjalin hubungan.

Kedua mereka ini selalu jadi bahan kerana perbezaan umur yang agak ketara iaitu 17 tahun. Intan Ladyana kini dah masuk ke usia 38 tahun manakala Haris Alif baru 21 tahun.

Ada mulut yang tiada insuran sering memperlekehkan hubungan ini dan ada yang mengatakan mereka seakan kakak dan juga adik. Malah lebih perit, ada yang label Intan Ladyana seperti ibu dan anak dengan Haris. Ini reaksi dari Haris tentang perkara ini.

“Memang betul, ada kata saya dan Intan macam adik dengan kakak. Itu mereka cakap, biarlah nak kata apapun. Saya dan Intan tak ada masalah jika ada orang menganggap seperti itu. Isu umur ini dah biasa, selalu saja ditimbulkan”.

“Tapi segelintir saja yang soalkan tentang umur itu. Ramai juga orang di luar sana yang tumpang rasa happy. Boleh tengok dengan banyal respon positif yang dilihat kat gambar di laman Instagram kami. Hidup ni, memang tak boleh nak puaskan semua orang”.

“Memang ada kata kami macam ibu dan anak. Tapi bila baca, saya dan Intan hanya mampu gelak saja. Taka da nak amik serius komen macam tu. Kami berdua tau diri kami macam mana. Bila orang tulis macam tu saya tak ada rasa apapun. Lantak lah nak kata apapun.

“Family kami pun okay, sebenarnya orang luar pula yang lebih. Buat tak tahu sajalah. Apapun, akhirnya  pilihan ditangan saya jua”

Dalam pada itu, Haris kini memang bahagia berada di samping Intan ladyana dan mahu nikmati masa mereka bersama.

“Syukur, alhamdulillah, kami sekarang gembira. Masih lagi dalam fasa untuk mengenali diri masing-masing. Kenal hati budi ni bukan ambil masa yang sekejap. Namun, kami happy untuk menikmati fasa awal ini. Dah nak setahun hubungan istimewa antaa kami ini terjalin.

Dalam pada itu, Haris yang turut merupakan seorang pengacara berkata, dia memang gembira untuk bercinta dengan wanita yang matang kerana tak banyak drama.

“Bercinta dengan wanita matang ada banyak advantage sebenarnya. Dia senang untuk berbincang serta mudah nak fahami antara satu sama lain.

“Komunikasi juga amat lancar dan tak banyak drama yang berlaku. Tak ada pemikiran macam budak-budak. Kami berdua ini pun satu kepala, jadi amat mudah dan tak rumitpun”.

Itulah komen Haris Alif yang amat matang dan bernas. Sebenarnya ramai yang memuji cara Haris berfikir dan menjawab soalan ketika diajukan tentang hubungannya dengan Intan Ladyana. Semoga berbahagia buat mereka berdua.

Share

Recent Posts

“Cucuk muka sebab nak nampak elok, untuk kerjaya” Amelina buat muka sebab kerja

Penyanyi yang dikenali dengan genre dangdut iaitu Amelina pernah muatnaik satu video dia buat rawatan…

3 hours ago

“Aku ni tak pantang langsung” Syatilla Melvin

Pasangan pelakon terkenal Shaheizy Sam dan isteri Syatilla Melvin selamat menimang cahaya mata yang ketiga…

6 hours ago

Perkahwinan suami dan isteri pertama memang dah ada masalah ~ Miera Leyana

Miera Leyana, 29 tahun, berkahwin dengan ahli perniagaan, bernama Rosland Othman, 49 tahun dua tahun…

13 hours ago

“Saya pegang kata ulama” Ini respon Amar Asyraf tentang isu dah nikah kali ketiga

Pelakon Amar Asyraf mula jadi sebutan setelah kes pengesahan talak tiga dengan bekas isteri kedua…

16 hours ago

Daiyan Trisha pakai seluar pendek nampak peha, netizen ingatkan kembali tentang umrah

Daiyan Trisha antara beberapa artis yang telah pergi ke tanah suci untuk mengerjakan umrah pada…

1 day ago

Kecoh jadinya, Janna Nick tergolek, terjatuh kebelakang dari kerusinya

Ada satu kejadian yang agak kecoh di sebuah rancangan hiburan terkenal iaitu I Can See…

1 day ago

This website uses cookies.