Ada kata Zain Saidin dikawal Che Ta sampai kerjaya merudum

13,336 views

Suami kepada Rozita Che Wan iaitu Zain Saidin kini dah lama tak berlakon dan dah tak nampak wajahnya di kaca televisyen. Tuan punya badan pun memang akui perkara ini.

Walaupun dah jarang terima tawaran berlakon namun sebenarnya minat Zain dalam bidang seni ini tak pernah luntur.  Sekiranya ada peluang sememangnya Zain mahu berlakon dan teruskan bidang seninya.

“Banyak fan ingat saya dah tidak minati untuk berlakon sebab dah tak menonjol diri dalam bidang seni. Ini termasuklah jarang jumpa pihak media”.

“Sebagai seorang penggiat seni, minat saya sentiasa akan berterusan. Tetapi, peluang dilihat telah berkurangan sebab saya dikatakan dah sepi dari bidang ini”.

Sementaa itu, banyak juga dakwaan mengatakan Zain Saidin ini sebenarnya telah kena control dengan isterinya Rozita Che Wan atau lebih mesra dengan nama Che Ta. Zain menafikan dakwaan berkenaan.

“Selama berkahwin dengan Che Ta, kami berdua saling bertoleransi dan hormat tentang kerjaya masing-masing”.

“Boleh dikatakan kami berdua adalah selebriti yang telah dikenali di luar sana, oleh itu tiada sebab untuk Che Ta nak halang perjalanan kerjaya saya mahupun sebaliknya”.

“Che Ta merupakan seorang yang memahami dan selalu sokong saya dalam segala apa yang saya buat. Kami saling mempercayai antara satu sama lain”.

Zain Saidin pernah ikuti langkah Che Ta dan masuk ke dunia perniagaan. Namun dugaan menimpa apabila perniagaan kasut Zain Saidin bernama Zapatos tidak berjaya dan gagal.

Tak berputus asa, kini Zain Saidin berniaga perniagaan makanan pula yang mana Zain menjual nas kambing bakar.

Pernah terjejas kerana perlaksaan PKP menyebabkan Zain kena tutup kedai selama tiga bulan, kini perniagaan kambing Zain Saidin kembali pulih dan mula membuahkan hasil.

Kalau nak rasa dan cuba nasi kambing Zain Saidin ini bolehlah ke food court Kantin di Gombak. Kedai Zain namanya Mmbaek.