Categories: Terkini

Adakah Janna Nick masih pengacara Melodi, ini kenyataan penerbit

Nama Janna Nick boleh dianggap antraa nama besar artis yang sedang menempa nama dalam bidang seni di tanah air.

Namun, seiring dengan popularity yang dikecapi olehnya, Janna Nick juga banyak menempuhi pelbagai isu.

Dan yang paling baru, Janna Nick kini sedang bergelut dengan para peminat Kpop ekoran satu isu melibatkan nama penyanyi dari ahli kumpulan Kpop terkemuka iaitu Blackpink.

Ianya berlaku gara-gara satu caption yang ada tertulis ‘Lisa Blackpig’, dan sudah tentu peminat kpop dilihat tak senang duduk dan buat report terhadap laman media sosial Janna secara beramai-ramai.

Janna mengambil pendekatan untuk menutup akaunnya buat sementara waktu ini agar tidak menjadi lebih teruk.

Kemudian, ada juga netizen yang mula persoalkan kredibiliti Janna Nick sebagai salah seorang pengacara rancangan Melodi. Mana taknya diri sendiri pula yang banyak tercalit dengan isu.

Menjawab pertanyaan dari netizen, penerbit kepada rancangan melodi iaitu Jamil Hassan tampil membuat satu kenyataan ringkas.

Katanya, tiada sebarang perbincangan dengan pihak Janna Nick berkaitan hal berkenaan, dan ini sekaligus mengekalkan Janna sebagai pengacara Melodi untuk minggu ini.

“Buat masa sekarang ini, tiada sebarang perbincangan dibuat berkenaan perkara tersebut. Isu yang terjadi ini lebih kepada kisah peribadi Janna Nick.”

“Oleh itu, adalah lebih molek jika sebarang pertanyaan ditanya pada Janna sendiri. Maafkan saya, tak boleh nak beri komen lebih lanjut.”

Racangan Melodi menampilkan Janna Nick berganding dengan Awal Ashaari dan bersiaran setiap hari Ahad jam 12 tengahari.

Kisah Janna Nick dilihat seperti serius apatah lagi pelakon ini telah membuat laporan polis dan akan mengambil tindakan undang-undang kepada mereka yang telah mencetuskan isu terbabit. Sehingga kini, isu antara Janna dan peminat kpop ini masih lagi trending.

Share

Recent Posts

Azri Iskandar tukar nama kepada Azri Alexender, anak-anak bersuara tak setuju

Pelakon terkenal Azri Iskandar telah pun membuat satu pengumuman apabila ingin menukar namanya. Azri memilih…

22 mins ago

Anak Shuib berlari, gembira nampak Wan Sharmila

Nama pelakon Wan Sharmila yang lebih mesra disapa Lala dikalangan rakan-rakan, mula jadi sebutan sejak…

2 days ago

Aril kini menganggur, tak ada kerja

Penyanyi dan pengacara Aril Pilus kini akui sudah menganggur dan tak bekerja sejak bulan Ramadan…

4 days ago

“Kalu Zul mesti ada dukung, walhal masa datang set, pelakon wanita pun saya tak salam” ~Zul Ariffin

Zul Ariffin diakui antara pelakon lelaki yang sedang laris ketika ini. Namun kerjayanya seringkali dikaitkan…

4 days ago

“Terima kasih layan mama” Panggil diri mama kepada Wan Sharmila, ibu Shuib beri hint?

Sebelum ini ramai pun tahu ramai yang melihat pelakon Wan Sharmila memang amat sesuai dengan…

4 days ago

“Saya dah fikir masak-masak, semuanya saya tanggung” Elyana mahu fokus jiwa, dan keluarga

Elyana kini sudah tidak lagi bertudungm satu keputusan yang dibuat oleh penyanyi ini setelah muatnaik…

5 days ago

This website uses cookies.