Categories: Hiburan

Adira tegas, tak akan benarkan anak tidur dengan pembantu rumah

Adira merupakan penyanyi yang amat popular setelah berjaya menjadi naib juara pertandingan reality Akademi fantasi musim kelapan, tewas kepada Shahir Zawawi.

Setelah berjaya sebagai penyanyi, Adira terus melebarkan sayapnya dengan lagu bunyi runut pelbagai drama dan juga filem.

Kalau dah bergelar selebriti popular, dah tentulah kehidupan peribadi juga akan dikorek oleh semua pihak, ramai nak tahu cerita peribadinya.

Menjadi lebih viral apabila Adira akhirnya berkahwin dan bergelar isteri kedua kepada Datuk Red.

Sejak itu, memang banyak kisah keluarga Adira menjadi topic hangat oleh netizen di luar sana.

Dek kerana terlalu kerap, kini Adira tekad tak nak lagi share isu peribadi termasuk hal perkahwinannya kepada umum.

Kata penyanyi dari Sabah ini, dia kini lebih trbuka untuk bercerita berkaitan perihal anak-anaknya dan kisah kerja sahaja. Kalau hal lain tak nak buka mulut dah.

“Tak mahu lah nak cakap lagi pasal hal peribadi dan perkahwinan saya. Namun, jika kongsi mengenai anak-anak dan kerjaya, barulah saya okay sahaja.

Dalam pada itu bercerita tentang anaknya, Adira akui dia agak mengutamakan hal berkenaan dan agak teliti. Ini komen Adira.

“Tentang anak-anak, saya memang tidak akan ambil mudah. Sampai kan, jika anak tidur dengan pembantu rumah pun memang tak boleh, saya tak beri kebenaran.

“Bagi saya, sesibuk mana kerja pun, sebagai seorang ibu, saya akan sentiasa pastikan mempunyai masa untuk luang dengan anak saya. Memang tak boleh jika anak terlalu rapat dengan orang lain”.

“Kalau ikutkan, saya jarang berjauhan lama dengan anak-anak. Selalunya kalau saya ada show undangan menyanyi kat mana pun, walau jauh, saya akan cuba pulang ke rumah pada hari sama juga.

“Saya akan pastikan untuk tidur dengan anak. Malahan pernah juga kadangkala saya bawa anak-anak ke tempat persembahan jika disediakan tempat penginapan untuk saya”.

Itulah komen dari Adira, yang sememangnya meniti beratkan hubunganya dengan anak-anak. Bagus tindakan Adira ni, semoga bahagia sentiasa dikecapi. Adira mempunyai tiga orang anak bernama Anggrek, Asan dan Anggun.

Share

Recent Posts

Dato Seri Vida dedah punca sebenar datang rumah Iqbal jam 3 pagi

Kisah antara Dato Seri Vida masih lagi belum berakhir apabila jutawan berkenaan hadir ke rumah…

21 hours ago

“Saya bukan pelawak, memang bukan bidang tetapi..” Ini komen Uqasha Senrose

Uqasha Senrose telah menjadi pilihan pihak produksi sebagai salah seorang juri untuk pertandingan lawak terkenal,…

2 days ago

Dato Seri Vida masuk ke kawasan rumah tanpa pengetahuan Iqbal pada jam 3 pagi

Ahmad Iqbal sekali lagi mendedahkan sesuatu yang mengejutkan hari ini. Ini apabila sekitar jam 3…

3 days ago

Shahrol Shiro persoal pemilihan juri Maharaja Lawak Mega

Rancangan yang popular di Malaysia iaitu Maharaja Lawak Mega 2021 telah bermula malam tadi. Sebanyak…

3 days ago

“Caprice berlagak, syok sendiri, nak ikut pendapat dia saja” Iqbal pilih Floor88

Usahawan yang kini sedang viral iaitu Ahmad Iqbal mengambil peluang nama sedang naik dan mahu…

3 days ago

“Ingatkan Pak Nil tadi” Komen netizen kepada foto Juliana Evans

Sekarang kerajaan dah pun buka border, dan semua boleh rentas negeri untuk pulang ke kampung…

4 days ago

This website uses cookies.