Ahmad Idham dedah “Dato A” guna dato palsu, siapakah

3,161 views

Ahmad Idham jadi tumpuan semalam apabila mendedahkan ada seorang dato yang sebenarnya tak ada pun terima anugerah berkenaan. Ahmad Idham muatnaik satu paparan menunjukkan dia sedang semak status dato bermula dengan huruf A.

Jelas pengarah dan penerbit ini, dia semak dan dedahkan hal itu unuk sedarkan individu berkenaan yang mana menipu kononnya ada gelaran itu hal yang serius dan agak memalukan.

“Individu berkenaan merupakan seorang yang saya kenal secara peribadi. Saya dah tahu tentang hal ini lama dah. Namun dilihat makin lama hal ini jadi lebih serius.

“Oleh itu saya dan kawan-kawan saya nak mahu provok orang berkenaan untuk ingatkan bahawa hal ini bukannya hal main-main, ianya serius.

“Menerima darjah kebesaran bukan satu hal yang boleh dibuat main terutama sekali jika individu itu sebenarnya tak ada dapat pun”.

Ahmad Idham memberitahu, dia akan lebih drastic selepas ini dan dedahkan nama sebenar orang berkenaan jika ada keadaan yang memaksanya berbuat demikian.

Buat masa ni, dia hanya buat teguran secara berlapik untuk ingatkan orang seperti itu bahawa penipuan berkenaan boleh terbongkar apatah lagi sekarang ini ada teknologi kini di hujung jari yang boleh buat semakan dengan mudah.

Kata Ahmad Idham lagi, hal seperti ini adalah satu kesalahan dan boleh memudaratkan diri mereka sendiri.

“Kerajaan memang pernah memberitahu bahawa penyalahgunaan darjah kebesaran ini boleh dianggap satu kesalahan apatah lagi memang ramai yang buat hal macam ni untuk majukan bisnes mereka.”

“Saya tegur secara sini pada mereka dan hanya nak ingatkan semua orang bahawa hal seperti ini bukanlah satu bahan jenaka yang boleh dibuat main.”

Sehingga kini, tidak diketahui siapakah individu yang dimaksudkan oleh Ahmad Idham, hanya memberi hint namanya bermula dengan huruf A sahaja.