Akhirnya Neelofa minta maaf, akui tak jaga sensitiviti

2,420 views

Setelah beberapa isu sejak perkahwinannya tempoh hari, akhirnya Neelofa akui kesilapan dan meminta maaf di atas dakwaan dia telah langgar sop di majlis pernikahannya dan juga rentas negeri ke Langkawi.

Bekas pengacara MeleTop ini telah hantar satu rakaman video panjangnya kira-kira dua minit kepada pihak media yang mana menunjukkan permohonan maaf dari Neelofa.

Neelofa dan suami Haris Ismail kini secara terbuka akan menerima segala tindakan dari pihak berkuasa di atas kedua isu tersebut. Ini antara initipatinya.

“Jika kita lihat, ada banyak versi cerita tentang isu melibatkan saya (majlis nikah dan Langkawi).”

“Saya dengan ikhlas hati meminta maaf di atas setiap kesalahan SOP yang dalam pengetahuan saya mahu pun di luar pengetahuan saya melibatkan dua-dua isu tersebut.”

“Maaf sebab saya kurang menjaga sensitiviti hal ini kepada semua orang. Saya patutnya beri contoh yang baik tentang hal berkenaan.”

Jelas Neelofa, semua family dia dan suami baru sahaja selesai urusan dengan pihak polis setelah memberi keterangan pada hari ini.

“Syukur hari ini dah selesai beri keterangan pada polis. Saya dan suami pergi pada awal minggu ini, keluarga mentua beberapa hari lalu dan keluarga saya pergi hari hari ini.”

“Semoga di bulan Ramadan ini kita semu akan menerima ketenangan dan keberkatan.”

Dua isu melibatkan Neelofa ialah melibatkan sop di majlis nikahnya yang mana dapat dilihat dari gambar, para hadirin duduk dengan begitu rapat sekali selain ada yang tidak memakai mask ketika bergambar dengan pengantin baru.

Isu kedua pula ialah lawatan Neelofa dan PU Riz ke Pulau Langkawi beberapa hari selepas berkahwin yang dikatakan dibuat atas urusan kerja. Namun menerusi laman IG, Neelofa ada muatnaik aktiviti bercuti di sana seperti menaiki cable car dan jet ski.