Akhirnya Puteri Sarah Liyana upload gambar bersama Syamsul Yusof

4,901 views

Di pagi hari raya yang mulia, memang menajdi kebiasaan orang ramai muatnaik gambar keluarga dengan memakai baju raya.

Walaupun di musim PKP ini, semua rakyat Malaysia tetapi bergambar raya bersama keluarga walaupun hanya berada di rumah saja. Bergambar tetap on.

Begitu jugalah dengan pelakon Puteri Sarah Liyana yang turut upload beberapa keping gambar di hari raya pertama.

Namun apa yang menjadi perhatian ialah Puteri Sarah Liyana akhirnya muatnaik gambar bersama suami tersayang iaitu pelakon dan pengarah terkenal Syamsul Yusof.

Ini merupakan kali pertama Puteri Sarah Liyana muatnaik gambar dengan suaminya Syamsul Yusof pada tahun 2021 di laman Instagram miliknya.

Ini caption ucapan hari raya ringkas dari Puteri Sarah Liyana: “Selamat hari raya maaf zahir batin.” Ianya dikuit dengan emoji bulan.

Gambar berkenaan membuatkan ramai followernya teruja dan turut berasa gembira apabila melihat gambar keluarga yang lengkap Puteri Sarah bersama Syamsul Yusof dan anak-anak mereka.

Ramai yang turut menulis komen mendoakan agar keluarga ini terus bahagia. Ada juga mendoakan agar family Puteri Sarah Liyana sentiasa mendapat lindungan dari anasir serta gangguan anasir luar.

Antara yang menulis komen berkenaan ialah rakan pelakon Lufya: “Alhamdulillah, syukur, semoga Allah akan jaga family ini dari sebarang gangguan syaitan dan juga walaun, amin.

Ini pula tulis seorang follower bernama Wieda Zarithariff: “Finally, syukur sangat, alhamdulillah. Dah tunggu lama untuk gambar keluarga, together seisi keluarga. Semoga hubungan ini akan sentiasa diberkati dari sebarang anasir tidak baik, amin.

Peminat bernama Mizz Hazleena menulis: “Picture ni yang saya lama dah tunggu, dari dulu lagi. Alhamdulillah. Entahlah kenapa saya turut rasa happy bila tengok picture ni. One word, complete. Selamat hari raya Puteri Sarah Liyana dan keluarga.

Untuk info, sebelum ini dikhabarkan hubungan Puteri Sarah Liyana dan Syamsul Yusof telah retak, namun akhirnya mereka dikatakan cuba untuk memulihkan hubungan. Sejak itu mereka tidak bergambar bersama.

Pada hari raya yang mulia tahun ini, akhirnya mereka berdua Puteri Sarah Liyana dan Syamsul Yusof, kembali bergambar bersama sebagai keluarga. Semoga bahagia selalu.