“Alahai, cuba lagi anakku” Engku Aleesya masak nasi tak jadi, ramai terhibur

2,393 views

Nasi merupakan makanan ruji untuk Asia Tenggara dan juga negara kita Malaysia. Kalau anak Malaysia sudah semestinya memang akan makan nasi punya.

Nak masak nasi dari beras memang dah jadi perkara yang mudah kat Malaysia ni. Hampir semua orang tahu teknik untuk masak nasi. Amat mudah terutama dengan adanya rice cooker.

Selalunya ibu bapa akan mula ajar anak-anak terutama anak perempuan untuk masak nasi sekitar umur 12 tahun dan ada juga yang lebih muda.

Itulah yang dilalui oleh anak Erra Fazira iaitu Engku Aleesya, yang kini berumur 12 tahun.

Semalam, merupakan kali pertama Engku Aleesya memasak nasi sendiri. Namun ada suatu perkara kelakar yang berlaku.

Perkara yang terjadi ialah Engku Aleesya masak nasi tak jadi, apabila hanya masukkan beras dalam rice cooker tanpa air.

Erra Fazira telah upload dua video di laman IG miliknya, sebagai kenangan yang akan dia ingati sampai bila-bila.

Hati bunga-bunga sebab anak masak nasi sendiri. Kita pun tunggu. Lepas tu ni, ada nampak, dia cuci beras, dia masukkan beras, dia lupa tambah air. Cuba lagi anakku.

Moment ini akan ku kenang sampi bila-bila. Dia duk bangga dah pandai masak nasi. Ibunya dengan penuh bangga masak lah lauk simple, Engku Aleesya akan masak nasi.

Apabila time nak makan, buka periuk, dia lupa masuk air rupanya. Takkanlah nak makan beras kering, nasib baik ada standby nasi lemak. Alahai anak, tak mengapa sayangku, don’t give up. Nanti cuba lagi ye.

Erra Fazira juga ada interview anaknya apa yang berlaku ketika masak nasi, ini komen dari Engku Aleesya.

Tak perlu nak upload kat story, mom. Saya masak nasi, lupa letak air. Jadi beras tu kering. Bukan moment yang manis. Akhirnya makan nasi lemak.

Jom tengok videonya, dari Ig Erra Fazira.

Ramai yang terhibur dengan video yang dimuatnaik oleh Erra Fazira ini.