Categories: Viral

Alahai kesian, Chacha terasa sunyi sejak Emma Maembong dah kahwin

Sekiranya hubungan antara adik beradik teramat rapat, jika salah seorang dah berkahwin, memang akan terasa bagai ada sedikit perbezaan dalam hubungan itu.

Itulah yang dirasai oleh pelakon Chacha Maembong apabila Emma Maembong berkawin pada bulan Februari awal tahun ini.

Chacha mendedahkan dia ada rasa sunyi setelah Emma maembong berkahwin kerana kakaknya itu juga merupakan kawan baiknya.

Oleh itu, untuk mengurangkan rasa sepi itu, Chacha kini mula lebih kuat berkerja dan cari sesuatu untuk dibuat olehnya.

“Saya amat rapat dengan Emma, oleh itu sejak dia dah jadi isteri orang, saya tak ada kawan baik. Namun hal tu tak ada beri kesan yang keterlaluan kerana kami memang ada jumpa selalu.

“Akan tetapi kini bila bertemu, dah jadi lainla kan kerana bila seseorang tu dah kahwin, secara semulajadi akan berubah lebih matang. Dengan itu, ianya buat saya rasa kesunyian”.

Sejak tinggal sendirian Chacha kini mula rasa nak berubah dan mula fikirkan tentang kehidupannya di masa akan datang.

“Saya ni anak bongsu, oleh itu sebagai bongsu, ketika Emma belum kahwin dulu, kita selalu rasa ada seorang kakak yang sentiasapertahankan diri ini apatah lagi jika kita ada buat sesuatu perkara.

“Tetapi sekarang ni apabila pulang ke rumah, tengok semua pun dah kahwin, memang rasa sunyi sangat sampai rasa sedih. Namun inilah masanya saya focus diri kepada kehidupan saya dan juga kerjaya.

“Dulu memang saya kurang fokus sikit pada hidup ni. Tapi bila jadi sunyi, saya mula sibukkan diri dengan banyak perkara termasuk pekerjaan. Family saya semua dah kahwin, saya sorang je yang belum. Then apabila saya tinggal sorang, saya kini dah tak boleh nak main-main lagi.

“Semua orang dah ada kehidupan masing-masing, saya masih keseorangan. Saya tekad kena jadi individu yang ada hala tuju, ada future”

Alahai sayu pula baca luahan Chacha Maembong ini. Apapun Chacha tak berdiam diri lagi malah, baru-baru ini dia ada menceburi bidang business dan telah keluarkan produk terbarunya.

Share

Recent Posts

Rupanya wanita hamil mengidam Lamborghini ialah adik ipar Ahmad Iqbal

Nama ahli perniagaan Ahmad Iqbal Zulkefli kini sedang berlegar legar di media. Sana sini semua…

16 hours ago

“Kacak sampai menangis, Cik B pula boleh buang saya kalau tak jaga mama” Iqbal

Ahmad Iqbal Zulkefli tampil memberi respon tentang anak-anak Dato Seri Vida setelah mereka ada memberi…

17 hours ago

“Yes RM10k sebulan please” Itu permintaan Kacak

Selepas anak perempuan Datuk Seri Vida iaitu Cik B tampil memberi komen bahawa dia tak…

2 days ago

Shuib bawa anak-anak melawat kubur sempena hari lahir arwah Siti Sarah

Pada hari ini iaitu 15 September, telah jatuh hari kelahiran buat arwah Siti Sarah, isteri…

2 days ago

Alif Satar sound wanita mengata isterinya tak lawa, jarang Alif naik angin

Memang jarang-jarang selebriti Alif Satar ni naik angin dengan netizen tetapi baru-baru ini ianya telah…

3 days ago

Dayah Zubit bukan lagi pengasuh Aafiyah, Siti Nurhaliza dah cari pengganti

Sebelum ini ramai yang kenal degan penjaga atau pengasuh anak Siti Nurhaliza, Siti Aafiyah iaitu…

3 days ago

This website uses cookies.