Categories: Hiburan

Aliff Aziz bergelut dengan pihak polis, ada saksi buka mulut

Aliff Aziz nama yang sering dikaitkan dengan pelbagai isu. Kalau ikutkan penyanyi dan pelakon ini sering cetuskan kontroversi dek dengan sikapnya yang boleh dikatakan agak sosial.

Sebelum ini, kes Aliff Aziz dengan Bella Astillah jadi tumpuan ramai dan hubungan mereka sebagai suami isteri dah pun berakhir.

Pada hari ini pula, Aliff Aziz kembali mewarnai portal hiburan tanah air apabila tersebar pula satu video yang menunjukkan Aliff Aziz ditahan oleh pihak polis di negara kelahirannya, Singapura.

Video ini pada mulanya menjadi viral melelaui laman Twitter dan juga FB. Selama seminit video itu, dapat dilihat Aliff Aziz telah bergelut dengan pihak polis yang cuba menahannya.

Netizen telah meluahkan rasa terkejut dan rata-rata mahu tahu apa sebenarnya yang berlaku berkenaan situasi itu.

Antaranya memberi komen kasihan dengan Aliff Aziz kerana sering terpalit dengan banyak kejadian dalam hidupnya.

Ada juga yang bertanya adakah ini satu gimik ataupun lakonan dalam drama terbaru Aliff Aziz.

Selain itu ada juga yang mengatakan, mungkin ini memang kejadian yang benar di mana Aliff Aziz kena tahan dengan pihak berkuasa di Singapura.

Menurut seorang saksi, dikatakan Aliff ada berbalah dengan orang lain, dan kemudian pihak polis datang dan Aliff dikatakan cuba larikan diri sebelum ditahan polis.

“Aliff Aziz cari pasal dengan satu orang, kemudian cari pasal dengan satu orang lain, then polis datang nak tangkap dia. Ada orng tmbuk Aliff, tak tahu apa Aliff buat. Dia cari pasal dengan semua orang.”

Melihat semula di video itu, ada beberapa orang polis menahan dan bergelut dengan Aliff Aziz di tepi jalan raya sambil diperhatikan ramai orang yang lalu lalang.

Kemudian, Aliff Aziz ada menjerit agar polis itu bercakap dengan bapanya sambil Aliff Aziz menelefon bapanya. Aliff dilihat meminta bantuan dari bapanya.

Aliff Aziz dengan jelas dilihat telah menjerit sambila meminta pertolongan dari bapanya sambil kena tahan dengan pihak berkuasa.

Video ini jadi viral di Twitter dan sampai sekarang masih belum ada maklumat dan kenyataan rasmi tentang kes berkenaa, Kita tunggu kenyataan dari pihak Aliff Aziz tentang apa sebenarnya yang berlaku.

Share

Recent Posts

Hampir pitam, hilang suara dan telinga sebelah pekak, ini yang terjadi pada Shila Amzah

Mendapat tempat ketiga di belakang Jaclyn Victor dan Bob, rupanya penyanyi Shila Amzah bergelut di…

6 hours ago

“Saya tak mahu kecoh-kecoh” Safawi Rasid jawab mengapa tak hebahkan pernikahannya

Teka teki status pemain bola sepak terkemuka tanah air iaitu Safawi Rasid, 25 tahun, yang…

7 hours ago

Gambar majlis berinai tersebar, Safawi Rasid dan Syifa Melvin nikah malam ini?

Pemain bola sepak Malaysia dan juga Johor Darul Takzim atau JDT iaitu, Safawi Rasid telah…

23 hours ago

Elizabeth Tan umum ada autoimmune disease, rambut ada tompok botak

Elizabeth Tan pada hari ini akhirnya mendedahkan bahawa sebenarnya dirinya merupakan antara pesakit autoimmune.  Kesan…

4 days ago

Nad Zainal jalani proses cucian darah, plasma exchange, dan buah pinggang terjejas

Ini perkembangan terkini tentang pelakon Nad Zainail atau nama penuhnya Farah Nadia Zainal, 32 tahun. …

4 days ago

Jadi orang terawal beri kenyataan tentang Nad Zainal, ini status hubungan Ungku Ismail

Ramai yang kini mendoakan pelakon Nad Zainal, 32 tahun, yang sedang dirawat dan dipantau di…

5 days ago

This website uses cookies.