Aliff Syukri naik angin, tolak AC Mizal sebab tanya soalan merepek

46,338 views

Menerusi satu entry di laman IG milk Datuk Seri Aliff Syukri, jutawan ini ada muat naik dirinya sedang mengamuk dengan pengacara dan penyanyi Dato AC Mizal.

Di dalam video itu, Aliff Syukri dilihat amat berang sehingga mencetuskan suasana tegang. Malah ada satu momen yang Aliff Syukri ada menolak Ac Mizal sambil melenting.

Pemilik syarikat D’herbs ini menulis satu ayat iaitu ‘kurang ajar’ di video tersebut. Ini pula caption yang ditulis Aliff Syukri.

Aliff Syukri Terlajak Laris: “Sedih Dato Ac Mizal, tapi yang penting lagu saya Lala Raya trending nombor satu, tanya soalan-soalan yang tak logic

Ini video yang menjadi viral yang dimuatnaik di Instagram milik Aliff Syukri.

Setelah disiasat, dikatakan video ini merupakan sedutan satu prank sahaja yang dibuat ke atas AC Mizal.

Dapat dilihat di satu entry dari Instagram ‘Zon Lawak’ milik Astro, ada satu video promo yang mana tertulis nama rancangan prank itu iaitu rancangan Perang Prank.

Walaupun begitu di IG Aliff Syukri itu, ramai netizen yang dah pun menulis pelbagai jenis komen sebagai reaksi mereka terhadap video berkenaan.

Ada yang awal-awal dah tahu ini hanya satu gimik dari Dato Aliff Syukri. Malah ada mengatakan lakonan Aliff Syukri untuk video ini amat terbaik, lebih baik ketika lakonannya dalam filem Badang.

Jom tengok beberapa komen dari netizen di IG Aliff Syukri.

Limabelasminit: “Gimik bodoe, akhirnya nanti buat video semasa esok, ko tengok la, orang Malaysia bukannya tak pandai.

Anuar Romli: “Dato, marilah kita fokuskan dulu pada kes negara Palestine, saudara kita sedang bergadai nyawa kat sana. Lagi pula esok kan dah hari raya. Dato tetap nombor satu, hal marketing lupakan kejap.

Nur Atirah juga memberi pendapatnya: “Hebohkan berita yang melanda dunia sekarnag ni, kurangkanlah nak prank yang akan timbulkan kurang senang orang lain.

Zahrulhaizey: “Selain menyanyi rupanya Datuk lagi pandai berlakon.

Seorang pengguna bernama Nazrinkarim ada menulis ini: “Nice try ya Datuk. Yang ni lagi real berlakon berbanding dalam filem Badang dulu.

Itulah antara respon netizen kepada video dari Aliff Syukri itu. Nanti boleh layan video full di rancangan PerangPrank di Astro Warna malam ni, malam raya pada jam 11 malam.