Categories: Viral

Almy Nadia naik angin jadi content “cabaran artis mana yang sombong”

Datin Almy Nadia akui rasa bengang setelah dirinya menjadi content seorang individu yang mahu buat satu cabaran di Instagram.

Isteri kepada Datuk Fizz Fairuz itu mendedahkan ada seorang individu yang mahu buat satu cabaran iaitu dia akan mesej dan akan lihat artis Malaysia mana yang sombong di laman media sosial.

Individu hanya mesej memberi salam kepada Almy Nadia, dan Almy telah membalas salam berkenaan.

Kemudian individu itu mendedahkan dia saja mesej beri salam, nak tengok sama ada artis itu sombong atau tak dengan membalas mesej.

Walaupun Almy menjawab dan memberi respon dan dilihat antara artis yang ramah dan tak sombong, namun, melihat cabaran itu tidak berfaedah, Almy Nadia lantas memberi teguran kembali kepada individu tersebut.

Jelas Almy, cabaran itu tak sepatutnya dibuat, kerana bukan semua artis sibuk nak tengok handphone 24 jam.

Setiap artis ada kehidupan masing-masing. Ada yang punyai keluarga serta kerja yang perlu dibuat. Tak membalas mesej tak bermakna seseorang itu sombong.

“Artis ini nak cari rezeki juga. Setiap artis ada family dik, ada job nak buat bukannya nak menghadap telefon 24 jam dik. Perlu ke buat cabaran konon mahu tengok artis mana yang tak sombong macam ni dik.”

“Sebab PKP punya pasal, sanggup buat kerja yang tak masuk akal macam ni ye dik. Sorry to say, kalau korang kat tempat kami apa korang akan rasa.”

“Ini tanda depa tiada kerja tapi buat kerja yang tak ada faedah untuk raih populariti, glamour dan nak jadi viral cepat. Perangai adab itu penting ya dik.”

“Ingatlah sampai bila-bila janganlah kita buat perkara yang tak betul dik. Nanti kita sendiri akan terima balasannya, faham. Kalau nak sangat jadi famous mari sini saya bagi famous sikit, apa nama awak.”

Ini perbualan dan mesej yang diterima oleh Almy Nadia.

Memang betul apa yang Almy Nadia tulis tu, janganlah kerana content, sanggup buat perkara yang tak elok dan jatuhkan orang lain. Tak balas mesej, mungkin seseorang itu busy, bukannya sombong.

Share

Recent Posts

Azri Iskandar tukar nama kepada Azri Alexender, anak-anak bersuara tak setuju

Pelakon terkenal Azri Iskandar telah pun membuat satu pengumuman apabila ingin menukar namanya. Azri memilih…

4 hours ago

Anak Shuib berlari, gembira nampak Wan Sharmila

Nama pelakon Wan Sharmila yang lebih mesra disapa Lala dikalangan rakan-rakan, mula jadi sebutan sejak…

2 days ago

Aril kini menganggur, tak ada kerja

Penyanyi dan pengacara Aril Pilus kini akui sudah menganggur dan tak bekerja sejak bulan Ramadan…

4 days ago

“Kalu Zul mesti ada dukung, walhal masa datang set, pelakon wanita pun saya tak salam” ~Zul Ariffin

Zul Ariffin diakui antara pelakon lelaki yang sedang laris ketika ini. Namun kerjayanya seringkali dikaitkan…

4 days ago

“Terima kasih layan mama” Panggil diri mama kepada Wan Sharmila, ibu Shuib beri hint?

Sebelum ini ramai pun tahu ramai yang melihat pelakon Wan Sharmila memang amat sesuai dengan…

4 days ago

“Saya dah fikir masak-masak, semuanya saya tanggung” Elyana mahu fokus jiwa, dan keluarga

Elyana kini sudah tidak lagi bertudungm satu keputusan yang dibuat oleh penyanyi ini setelah muatnaik…

5 days ago

This website uses cookies.