Alone, away from family, Fatin Afeefa buat self isolation 14 hari

4,230 views

Pelakon Fatin Afeefa kini antara mereka yang telah buat self isolation setelah pelang dari trip bekerja. Pelakon yang popular ketika kanak-kanak menerusi filem Tentang Bulan ini memberitahu dia kini telah kuarantin diri dan berjauhan dengan keluarganya terutama anak-anaknya.

Fatin Afeefa berkongsi tentang hal ini menerusi laman IG miliknya dan menyatakan pada hari ini dia sedang jalani hari kesepuluh dari empat belas hari kuarantin setelah pulang dari trip bekerja.

Ini kongsinhya di laman media Instagram: “Saya amat rindu dengan dua anak kecil yang selalu buat saya pening (sambil tulis emoji sayu). Saya kini dah hari kesepuluh kuarantin diri sendiri di rumah, sendirian berjauhan dengan family saya. Walaupun saya kini taka da langsung sebarang sign dan juga symptom, selepas pulang dari trip kerja, saya kena buatnya juga, ini sebagai precaution.

“Walaupun berjauhan dengan anak saya, akmi buat call video facetime setiap hari. Kedua anak saya itu kini di rumah ibu saya, mereka selamat di sana. Terima kasih kepada ibu saya dan juga adik saya Fatin Afeqah sebab jaga mereka dengan baik. Okeylah saya akan mental breakdown nanti. Selamat tinggal buat masa sekarang ini.

Di laman media sosialnya, Fatin seringkali buat video yang menunjukkan dia amat sunyi seorang diri. Untuk isi masa terluang, Fatin Afeefah beberapa kali muat naik video tiktok.

Untuk pengetahuan semua, Fatin Afeefa 25 tahun, pernah berkahwin sebanyak dua kali. Perkahwinan pertamanya tidak diketahui dengan siapa namun Fatin ada seorang anak sebelum berpisah. Kemudian Fatin Afeefa telah berkahwin dengan pelakon bernama Adam Shahz dan mereka dah pun berpisah. Fatin dan Adam ada seorang anak bersama.

Adam Shahz sebelum ini viral ketika perintah kawalan pergerakkan apabila aktif memberi bantuan menjadi ahli sukarela Angkatan Pertahanan Awam Putrajaya dan beri bantuan kepada frontliner yang sedang bekerja.