Categories: Hiburan

Amar Baharin jelaskan insiden yang terjadi kepada tangan anaknya

Netizen tertanya-tanya apa yang terjadi dengan Aqeef Anaqi, anak Amar Baharin dan juga Amyra Rosli baru-baru ini.

Ini kerana ada beberapa keeping foto yang dimuatnaik menunjukkan anak sulung kepada pasangan pelakon ini dilihat berbalut tangannya dengan cast.

Persoalan ini akhirnya terjawab setelah Amar Baharin tampil menjawab untuk menjelaskan apa yang terjadi kepada anaknya itu.

Jelas Amar, Aqeef Anaqi telah dimasukkan ke hospital dan dirawat kerana sendi siku di bahagian kirinya telah alami dislokasi atau terseliuh.

Bercakap tenatng kejadian berkenaan, insiden itu berlaku semasa Anaqi seronok bermain di rumah mereka.

“Anak saya kena subluxation atau dislokasi kat bahagian sendi siku dia tu. Hal ni jadi ketika tu dia tengah main-main di rumah, dan kalau ikutkan terseliuh semasa Amyra nak suap dia makan.

“Biasalahkan, budak-budak kalau umur seperti anak saya ni dia tengah seronok nak explore sana sini”

Tentang keadaan terkini anaknya, Aqeef Anaqi kini dah dibenarkan untuk keluar hospital dan balik ke rumah, condition anak sulung itu baik-baik sahaja.

Amar dan Amyra ternyata amat bersyukur setelah doctor mengesahkan apa yang dialami Aqeef Anaqi tidak terlalu serius.

“Alhamdulillah, syukur sangat Aqeef Anaqi sekarang dah okey sikit, dia dah pulang dan ada kat rumah sekarang ini.

“Nasib baiklah doctor kata tiada apa yang serius. Cuma takutkan dia lasak lagi, oleh itu, anak saya kena pakai plaster cast agar tak nak ganggu proses untuk dia lebih cepat sembuh”.

Sebelum ini, Amyra Rosli telah menarik perhatian followernya apabila mengupload gambar anaknya itu terbaring dan tertidur di katil hospital sambil tangan berbalut. Ianya mencetuskan tanda Tanya orang ramai, apa yang berlaku pada Aqeef Anaqi. Di ruangan komen, ramai yang mendoakan anak kecil itu agar cepat sembuh.

Untuk info, Amar Baharin dan Amyra Rosli telah bernikah pada tarikh 11 November 2016 dan mereka mempunyai dua orang iaitu Aqeef Anaqi dan Ayra Aryssa.

Share

Recent Posts

Elizabeth Tan umum ada autoimmune disease, rambut ada tompok botak

Elizabeth Tan pada hari ini akhirnya mendedahkan bahawa sebenarnya dirinya merupakan antara pesakit autoimmune.  Kesan…

21 hours ago

Nad Zainal jalani proses cucian darah, plasma exchange, dan buah pinggang terjejas

Ini perkembangan terkini tentang pelakon Nad Zainail atau nama penuhnya Farah Nadia Zainal, 32 tahun. …

1 day ago

Jadi orang terawal beri kenyataan tentang Nad Zainal, ini status hubungan Ungku Ismail

Ramai yang kini mendoakan pelakon Nad Zainal, 32 tahun, yang sedang dirawat dan dipantau di…

2 days ago

“Doktor syak Nad Zainal kena autoimmune disease”

Pelakon Nad Zainal masih lagi kritikal dan sedang berjuang di unit ICU di Hospital Ampang…

2 days ago

Ini kenyataan dari bekas suami Nad Zainal, update keadaan anak-anak

Ramai yang terkesima dengan berita pelakon Nad Zainal yang kini sedang kritikal dan sedang dipantau…

3 days ago

“Nad Zainal sedang kritikal sekarang ini”

Ini perkembangan terkini tentang pelakon Nad Zainal yang dimasukkan ke unit ICU sejak semalam.  Semalam,…

3 days ago

This website uses cookies.