Semalam ada seorang pelakon wanita yang ditahan pihak berkuasa di Nilai kerana bahan terlarang.
Kejadian berlaku di Nilai dan artis terbabit berumur 34 tahun. Sudah tentu ramai yang berteka teki siapakah pelakon berkenaan. Kalau tengok, antara nama yang menjadi tanda tanya ialah Zarina Anjoulie.
Pelakon ini aktif di laman media sosial semalam, dan ada beberapa kali buat live.
Ini sekaligus memberi ruang netizen bertanya adakah benar dia terlibat dengan kes berkenaan.
“Betulkah Anju yang kena tahan polis sebab kes tu?” Itu antara soalan yang banyak ditanya oleh netizen.
Zarina Anjoulie dilihat tak menjawab soalan berkenaan, dan pelakon ini ada berkata dia hanya berada di rumah semalam. “Dari semalam saya memang ada di rumah saja.”
Lebih kurang 6 ribu viewer ketika itu, dan Zarina berkata dia nak off sebentar dan akan kembali semula.
“Alang-alang tengah tular ni’, semua tengah kecoh, baik buat review dan bantu orang. Lagi banyak faedahnya.”
“Korang bagi saya masa 15 minit jap, saya cantikkan rambut dan akan kembali semula. Saya nak buat live dengan kekasih nanti.”
Semalam, Zarina Anjoulie telah tampil live dengan Zoey Rahman. Ketika sesi live itu, memang ramai yang tanya tentang isu itu.
Namun soalan berkenaan tidak dijawab. Selama lebih kurang 10 minit bersiaran akhirnya Anju menamatkan siaran bersama Zoey.
Menjawab pelbagai soalan yang ditulis netizen, selepas Anju pergi, Zoey Rahman berkata dia tak tahu apa kes yang sedang panas, dan tiada jawapannya.
Hari ini menerusi laman IG miliknya Zarina Anjoulie akhirnya ada muatnaik beberapa story yang dikaitkan dengan kes berkenaan.
Kata Zarina, dia akan beri kenyataan tentang hal itu dan tak akan lari dari sebarang isu yang menimpanya.
Anju juga meminta semua rileks sebab dia memang sering ke balai polis. Ini antara komen dari Zarina.
Kita tunggu saja kenyataan media dari Zarina Anjoulie kelak.
Pelakon terkenal Azri Iskandar telah pun membuat satu pengumuman apabila ingin menukar namanya. Azri memilih…
Nama pelakon Wan Sharmila yang lebih mesra disapa Lala dikalangan rakan-rakan, mula jadi sebutan sejak…
Penyanyi dan pengacara Aril Pilus kini akui sudah menganggur dan tak bekerja sejak bulan Ramadan…
Zul Ariffin diakui antara pelakon lelaki yang sedang laris ketika ini. Namun kerjayanya seringkali dikaitkan…
Sebelum ini ramai pun tahu ramai yang melihat pelakon Wan Sharmila memang amat sesuai dengan…
Elyana kini sudah tidak lagi bertudungm satu keputusan yang dibuat oleh penyanyi ini setelah muatnaik…
This website uses cookies.