Categories: Hiburan

“Apa yang anda buat akan di soal di akhirat” Aeril Zafrel ingatkan pemimpin negara

Pelakon dan usahawan Aeril Zafrel telah muatnaik satu gambar dengan tulisan memberi pesanan kepada ketua dan pemimpin negara.

Aeril Zafrel telah memberi peringatan kepada mereka bahawa setiap segala perbuatan yang dibuat mereka akan dipersoal di akhirat kelak.

Pelakon berumur 32 tahun ini bertanya adakah para pemimpin semua sudah bersedia dengan hal berkenaan.

Suami kepada Wawa Zainal ini turut menulis caption meminta followernya untuk tag nama para pemimpin tersebut.

Wahai semua ketua dan juga pemimpin negara. Apa yang kalian lakukan pada hari ini, jika hal tersebut baik atau tidak, anda akan dipertanggungjawabkan semua di akhirat nanti. Sudah sedia kah kalian semua untuk jawab persoalan dari mungkar nankir apabila berada di dalam kubur nanti. Tolong tag pada ketua atau pemimpin, pesana untuk diri sendiri juga.

Perinagatan dan pesanan dari Aeril Zafrel ini ternyata menarik perhatian pengguna Instagram, dan ini termasuklah dari rakan artis yang lain.

Antaranya ialah pelakon dan pengarah Datuk Afdlin Shauki yang bertanya kembali adakah para pemimpin itu akan dengar suara yang dilontarkan.

Masalahnya adakah dorang semua peduli Aeril?” tanya Afdlin bagaikan nada yang agak kecewa.

Aeril Zafrel kemudian menjawab kembali, “Tak mengapa, sekurang-kurangnya kita ini mengingatkan mereka.

Ada juga selebriti lain yang turut memberi komen antaranya Nazim Othman dan Sharifah Husna.

Menjengah komen dari follower lain, rata-rata setuju dengan kenyataan Aeril Zafrel dan telah tag beberapa nama pemimpin utama negara.

Tidak diketahui punca sebenar mengapa Aeril Zafrel menulis pesanan berkenaan kepada para pemimpin, namun ianya mungkin berkaitan keadaan Malaysia sekarang ini yang masih terkesan dengan perintah kawalan pergerakkan.

Aeril Zafrel kini sedang tampil dengan karya terbarunay berjudul Sabda Kekasih lakonan bersama isterinay Wawa Zainal. Pasangan ini juga kini sedang giat berniaga.

Share

Recent Posts

Elfira Loy sahkan sedang hamil anak kedua, tahniah diucapkan

Pelakon Elfira Loy kini telah pun mengesahkan satu berita baik kepada semua. Setelah anak sulungnya,…

19 mins ago

Foto: Cantik rumah baru Sajat di Australia, nak berniaga bela lembu kambing

Sejak larikan diri dari Malaysia, masuk ke Thailand, kini Nur Sajat dah pun berjaya masuk…

2 hours ago

Rare betul komen Engku Emran kepada Datuk Seri Vida

Kisah Datuk Seri Vida dan Ahmad Iqbal Zulkefli memang buat ramai yang berkata-kata. Sudah tentu…

1 day ago

Dato Seri Vida dedah punca sebenar datang rumah Iqbal jam 3 pagi

Kisah antara Dato Seri Vida masih lagi belum berakhir apabila jutawan berkenaan hadir ke rumah…

2 days ago

“Saya bukan pelawak, memang bukan bidang tetapi..” Ini komen Uqasha Senrose

Uqasha Senrose telah menjadi pilihan pihak produksi sebagai salah seorang juri untuk pertandingan lawak terkenal,…

3 days ago

Dato Seri Vida masuk ke kawasan rumah tanpa pengetahuan Iqbal pada jam 3 pagi

Ahmad Iqbal sekali lagi mendedahkan sesuatu yang mengejutkan hari ini. Ini apabila sekitar jam 3…

4 days ago

This website uses cookies.