Categories: Viral

“Artis mana menggelupur menang ni”, Diva AA tak kenal Chubb-E

Ramai yang terkejut setelah Chubb-E memenangi kategiri Artis Baharu Lelaki Popular di Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-33.

Nama Chubb-E memang tak dikenali ramai dan terus jadi tanda Tanya orang ramai, siapakah Chubb-E ini.

Sebenarnya, Chubb-E ni adalah seorang penyanyi yang berasal dari negeri di bawah bayu, Sabah. Mula masuk ke industry hiburan tanah air menerusi rancangan reality Ceria Popstar musim kedua.

Chubb-E atau nama sebenarnya, Muhammad Sharul Ashlyn, mengukuhkan namanya di persada seni setelah menjadi juara rancangan Ceria Megastar pada tahun 2018 dan mula popular pada tahun 2020 menerusi rancangan Dansa Dan Sing, mendapat tempat kedua.

Walaupun dilihat banyak juga masuk televisyen, namun ramai yang masih belum kenali nama Chubb-E ini. Ini termasuklah pengacara Azwan Ali.

Diva AA menerusi satu tweet, berkata, dia juga tertanya-tanya siapakah individu bernama Chubb-E ini dan tak kenalinya.

Malah, Diva AA mengatakan dia ingat nama ini merupakan seorang cleaner. “Artis mana menggelupur yang menang ni, ingat tukang cuci, kau rasa

Netizen yang lain turut sama tertanya dan akui memang tak kenal dengan nama Chubb-E ini.

Walaupun teruk juga yang mempertikaikan kemenangannya, Chubb-E tak patah semangat dan mengatakan dia menang disebabkan undian peminat setianya.

Mungkin artis lain yang tak menang, fan mereka tak undi seperti fan club saya buat. Pertandingan ini kan berdasarkan undian, bukannya populariti semata-mata. Jika popular tetapi fans tak ada mengundi, itu tak boleh nak menang. Saya memang usaha dan push fan saya bahawa saya tercalon, oleh itu memang fan banyak undi saya”.

Bagi Chubb-E, ini semua rezeki untuk dirinya, dan ianya telah tertulis. Apapun, kata penyanyi berumur 20 tahun ini lagi tentang popularity, mungkin dia popular di platform yang lain, atau mungkin dia tak popular tetapi mempunyai fan base yang kuat dan banyak.

Share

Recent Posts

Azri Iskandar tukar nama kepada Azri Alexender, anak-anak bersuara tak setuju

Pelakon terkenal Azri Iskandar telah pun membuat satu pengumuman apabila ingin menukar namanya. Azri memilih…

13 hours ago

Anak Shuib berlari, gembira nampak Wan Sharmila

Nama pelakon Wan Sharmila yang lebih mesra disapa Lala dikalangan rakan-rakan, mula jadi sebutan sejak…

3 days ago

Aril kini menganggur, tak ada kerja

Penyanyi dan pengacara Aril Pilus kini akui sudah menganggur dan tak bekerja sejak bulan Ramadan…

4 days ago

“Kalu Zul mesti ada dukung, walhal masa datang set, pelakon wanita pun saya tak salam” ~Zul Ariffin

Zul Ariffin diakui antara pelakon lelaki yang sedang laris ketika ini. Namun kerjayanya seringkali dikaitkan…

4 days ago

“Terima kasih layan mama” Panggil diri mama kepada Wan Sharmila, ibu Shuib beri hint?

Sebelum ini ramai pun tahu ramai yang melihat pelakon Wan Sharmila memang amat sesuai dengan…

5 days ago

“Saya dah fikir masak-masak, semuanya saya tanggung” Elyana mahu fokus jiwa, dan keluarga

Elyana kini sudah tidak lagi bertudungm satu keputusan yang dibuat oleh penyanyi ini setelah muatnaik…

5 days ago

This website uses cookies.