Categories: Hiburan

“Awak masuk dan buat hal di rumah saya” – Alyah

Datin Alyah telah meluahkan perasaannya setelah muatnaik gambar bersama suaminya Datuk Ramli Ms baru-baru ini.

Dikatakan ada netizen yang telah memberi komen menyindirnya di gambar berkenaan.

Terkesan dengan komen berkenaan, Alyah bertindak terus block individu yang terlibat.

Penyanyi ini tertanya-tanya kenapa harus ada yang menulis komen berbaur sindiran kepada dirinya.

“Apalah yang para netizen ni nak sebenarnya. Bila tidak tunjuk gambar dengan suami, ada yang tuduh macam-macam. Tapi bila dah muat naik gambar ada pula yang cakap juga.”

“Memang tak paham dengan orang yang ada rasa busuk di hati ni. Saya upload moment bahagia kita, rasa syukur kita, rasa tak kacau orang pun. Namun masih ada yang masuk komen saya bagi ayat yang berbaur menyindir.”

“Jika komen di ruangan lain saya memang tak ambil peduli, tapi bila dah masuk Instagram saya dan tulis komen sindiran yang anda sendiri tak tau cerita betul dari awal, ini maknanya anda masuk rumah saya dan telah buat hal dalam rumah saya. Saya tak akan mendiamkan diri.”

“Saya mesti simbah air panas pada orang seperti ini. Biar tahu tentang adab masuk rumah orang.”

Komen berkenaan ditulis di gambar Alyah dengan Ramli Ms yang mana Alyah bergurau dengan caption ini: “Saya bukan lagi bibik kamu. Kita dah seri.”

Tahun lepas, Alyah pernah menulis secarfa berseloroh bahawa dia adalah bibik kepada suaminya, Ramli Ms.

“Ramai yang buat spekulasi tentang caption bibik ni. Caption ini sambungan gurauan saya untuk gambar saya bersama suami ketika semifinal Gegar Vaganza yang lepas. Oleh itu tak perlu nak tokok tambah cerita.”

Gambar terbaru
Gambar tahun lalu

Alyah menjadi tumpuan setelah memuatnaik gambar family ketika majlis pernikahan anak perempuan Datuk Ramli MS dengan bekas isterinya Jennifer Thompson.

Share

Recent Posts

Hampir pitam, hilang suara dan telinga sebelah pekak, ini yang terjadi pada Shila Amzah

Mendapat tempat ketiga di belakang Jaclyn Victor dan Bob, rupanya penyanyi Shila Amzah bergelut di…

6 hours ago

“Saya tak mahu kecoh-kecoh” Safawi Rasid jawab mengapa tak hebahkan pernikahannya

Teka teki status pemain bola sepak terkemuka tanah air iaitu Safawi Rasid, 25 tahun, yang…

7 hours ago

Gambar majlis berinai tersebar, Safawi Rasid dan Syifa Melvin nikah malam ini?

Pemain bola sepak Malaysia dan juga Johor Darul Takzim atau JDT iaitu, Safawi Rasid telah…

24 hours ago

Elizabeth Tan umum ada autoimmune disease, rambut ada tompok botak

Elizabeth Tan pada hari ini akhirnya mendedahkan bahawa sebenarnya dirinya merupakan antara pesakit autoimmune.  Kesan…

4 days ago

Nad Zainal jalani proses cucian darah, plasma exchange, dan buah pinggang terjejas

Ini perkembangan terkini tentang pelakon Nad Zainail atau nama penuhnya Farah Nadia Zainal, 32 tahun. …

4 days ago

Jadi orang terawal beri kenyataan tentang Nad Zainal, ini status hubungan Ungku Ismail

Ramai yang kini mendoakan pelakon Nad Zainal, 32 tahun, yang sedang dirawat dan dipantau di…

5 days ago

This website uses cookies.